M4NTAP Festival, tampil dengan pertunjukkan motor & kereta!
Kehangatan autoshow kereta yang berlangsung di The Curve, Petaling Jaya dan MAEPS Serdang baru-baru ini masih lagi dirasai. Kalau anda lihat di media sosial sekarang, banyak kandungan berkaitan autoshow kereta dihasilkan dan viral tau! Fuhh, terbaik!
Namun, untuk anda yang masih belum berkesempatan untuk hadir ke autoshow baru-baru ini jangan risau, meh kami kongsi dengan anda satu festival yang bukan saja ada autoshow kereta, siap ada perlumbaan motor trackday!
2 Dalam 1, M4NTAP Festival Tampil Dengan Pertunjukkan Motor & Kereta
Siapa dekat sini pernah dengar tentang kelab M4NTAP? Haa, untuk anda yang belum mengenali tentang kelab ini, mereka merupakan salah satu kelab permotoran yang cukup terkenal dalam kalangan pemilik BMW M serta dalam arena permotoran rekreasi!
Berita baik untuk anda, mereka kini kembali hadir dengan M4NTAP Festival, yang merupakan festival permotoran menggabungkan trackday, autoshow serta pesta muzik tau.
Menariknya, festival ini akan mempamerkan 120 jenis kereta trek jalanan terpantas di Malaysia, Thailand dan Singapura, 30 autoshow kereta serta 20 kereta drift.
Tak cukup dengan itu, terdapat juga paparan beberapa kereta BMW yang terbaru seperti BMW XM, G87 M2, G80 M3, serta G82 M4 X Drive, termasuk edisi terhad 1/800 BMW M4 GTS. Gempaklah!
Bukan itu saja, mereka juga akan menampilkan semua kereta yang bersaing untuk mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records untuk BMW terpantas di Malaysia.
Lagi best, mereka juga akan membawakan kereta-kereta dari Yokohama Tires seperti FK8R, CRX dan lain lain lagi untuk dipamerkan tau. Jadi, kalau anda nak tengok kesemua pameran kereta ini, anda wajib datang okay?!
Nak tahu apa yang buat kami lagi tak keruan? Anda boleh menyaksikan secara live pertunjukan drift dari pasukan drift terkemuka di Malaysia, Distrix14 serta anda juga berpeluang untuk ‘Taxi Ride’ bersama kenderaan 20 kenderaan drift ini. Pergh, mantap!
Selain itu, buat julung kali M4NTAP membuka pintu untuk bertanding Litar Sepang bagi merebut takhta Kereta ‘Road Legal’ Terpantas di Litar Sepang yang mana 4 kenderaan iaitu Nissan GTR dari ATS, Toyota Supra dari RSF Performance, BMW M4 dari M4NTAP, Honda FK8R dari Awesome Racing Team akan merebut gelaran King Of Sepang serta tersenarai dalam Malaysia Book of Record!
Paling best, anda juga kan dihiburkan dengan 6 DJ antarabangsa terkenal seperti Ferry Corsten, Vinai, Dash Berlin, Dubvision, Super8 & Tab, dan Sick Individual. Fulamak, kami yakin confirm meriah!
Anda juga akan dihiburkan dengan 2 penyanyi HipHop yang cukup terkenal di layar seni Malaysia iaitu Sonaone dan Kidd Santhe tau!
Tak dilupakan juga DJ terkenal tanah air juga akan memeriahkan M4NTAP Festival, antaranya Chukiess & WhackBoi, Boss Agents, Ramsey Westwood, dan the ‘MANTAP’ Alexis Grace!
Mantapkan Lagi Hujung Minggu Di M4NTAP Festival!
Fuhh, bukan main lagi line-up kali ni untuk M4NTAP Festival! Jadi, untuk anda yang minat dengan acara permotoran, autoshow kereta trek jalanan dan kereta drift, jangan lupa untuk datang ke festival ini okay?!
Festival ini akan diadakan pada 5 dan 6 Ogos 2023 di Sepang International Circuit. Jadi, tanda kalendar anda siap-siap!