“Macam pelamin bajet je” – Kongsi foto di Istana, netizen bimbang penyanyi rock Darkkey Nagaraja ditipu

“Macam pelamin bajet je” – Kongsi foto di Istana, netizen bimbang penyanyi rock Darkkey Nagaraja ditipu

 

Penyanyi sambarock tanah air, Darkkey Nagaraja baru-baru ini mengumumkan bahawa dia telah menerima gelaran Dato’ di sebuah istana yang tidak diketahui lokasinya.

Menerusi satu hantaran Facebook, Darkkey dilihat lengkap berpakaian sut berlatar belakangkan ruangan berwarna kuning yang sinonim dengan kerabat diraja.

Namun begitu, penyanyi itu tidak pula berkongsi lanjut mengenai gelaran yang diterimanya tetapi bersyukur dan menganggap ia sebagai satu kebanggaan buat dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, di sebalik ucapan tahniah yang diterima Darkkey, ada juga yang mempersoalkan kesahihan berita tersebut kerana ‘istana’ terlihat seperti sebuah muzium.

Darkkey, saya peminat anda tetapi selepas melihat perkongsian ini di Instagram, saya lihat background dan saya rasa kecewalah.

Saya tak pasti ada orang scam awak atau tidak tetapi istana sebenar rupanya tak begini. Kesan stapler pun elok-eloklah sedikit.