Mahir guna bahasa isyarat layan peminat OKU, Alif Satar dipuji netizen

Mahir guna bahasa isyarat layan peminat OKU, Alif Satar dipuji netizen

 

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi popular, Alif Satar raih perhatian ramai kerana bijak dalam menggunakan bahasa isyarat ketika berkomunikasi dengan lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dipercayai rakan kepada Alif di laman TikToknya, kelihatan penyanyi yang berusia 32 tahun itu sedang mesra melayani seorang lelaki OKU.

@johnlemmonnn

Alif Satar is the true definition of Jack of All Trades! #alifsatar @alifsatar

♬ original sound – johnlemmonnn – johnlemmonnn

Dalam video tersebut, pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke -37 (AJL37) begitu ramah dalam melayani permintaan lelaki terbabit untuk bergambar bersama dengan menggunakan bahasa isyarat telah mencetuskan rasa sebak ramai.

Mana tidaknya, selain bakat dalam nyanyian serta lakonan, ramai tidak menyangka bahawa Alif boleh berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dengan baik sekali.

“Alif Satar ni memang manusia yang lain daripada yang lain. Penyanyi, komposer, pemain piano, usahawan, ironman dan dia fasih dalam menggunakan bahasa isyarat. 

“Dah bertahun aku berkawan dengan dia, baru aku tahu yang dia pandai bertutur menggunakan bahasa isyarat,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Ini baru betul idola!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan kagum dengan sikap positif yang ditunjukkan oleh Alif yang tidak sombong menyantuni para peminatnya.

Bahkan, ada segelintir netizen sudah mengetahui bahawa pelantun lagu Anugerah Terindah itu sudah lama mengetahui bahasa isyarat menerusi drama Pia siaran televisyen TV3.

Patut dijadikan ikon dan idola

Malah, ramai menganggap bahawa Alif adalah salah seorang artis yang patut dicontohi dan layak untuk menjadikan dia sebagai idola serta ikon untuk generasi muda.