Mahkamah arah Amelia Henderson bayar lebih RM200,000 kepada A.Aida

Mahkamah arah Amelia Henderson bayar lebih RM200,000 kepada A.Aida

 

Pelakon jelita, Amelia Henderson diarah oleh Mahkamah Sesyen Sivil hari ini dengan membayar lebih RM200,000 kepada syarikat penerbit A Aida Production Sdn Bhd kerana melanggar kontrak, sebelum ini.

Menurut laporan Berita Harian, selain membuat bayaran dengan jumlah tersebut, Amelia juga diminta membuat permohonan maaf dan perlu memadam video yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah kepada syarikat itu.

Difahamkan, ketika perbincangan berlangsung pengurus produksi A Aida Production, Fazeyla Ahmad mendedahkan kepada mahkamah bahawa mereka terpaksa menanggung kerugian gara-gara pelanggaran kontrak yang dilakukan oleh aktres tersebut.

Bagaimanapun, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson menafikan perkara tersebut seaktu menerima tawaran untuk melakonkan drama Sekali Lagi Cint Kembali.

Selain Amelia, aktor Idris Khan juga berdepan dengan tindakan saman yang diambil oleh A. Aida kerana melanggar perjanjian untuk membintangi sebuah drama yang sudah ditanda tangani.

Namun begitu, Idris Khan tidak dibawa ke muka pengadilan kerana kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan isu terbabit di luar mahkamah, tetapi Amelia memilih jalan untuk dibicarakan.