Mahkamah arahkan Hamzah luluskan pendaftaran MUDA

Mahkamah arahkan Hamzah luluskan pendaftaran MUDA

Polemik pendaftaran parti Ikatan Denokratik Malaysia (MUDA) pimpinan bekas Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq akhirnya menemui titik noktah.

Sebentar tadi, Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan arahan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membenarkan parti itu didaftarkan sebagai parti politik yang sah dalam tempoh 14 hari, serta membayar kos RM10,000.

Perkara itu dimaklumkan oleh kumpulan berkenaan menerusi Twitter.

Muda sebelum ini mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin yang menolak rayuan kumpulan itu untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik.