Mahkamah Syariah akhirnya lulus tuntutan fasakh wanita koma dibelasah suami, Jahidah sah bercerai

Mahkamah Syariah akhirnya lulus tuntutan fasakh wanita koma dibelasah suami, Jahidah sah bercerai

Wanita yang koma dipukul oleh suami, Jahida Nordin akhirnya sah berpisah dengan suaminya secara fasakh.

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan pada 1 Februari lalu.

Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor hari ini memutuskan perkara tersebut setelah berpuas hati dengan kenyataan bertulis yang dikemukan adik kepada Jahida,  Fauziah Nordin, 41 yang merupakan penjaga ad litem.

Pihak mahkamah sebelum ini telah melantik Fauziah selaku penjaga ad item kerana kakaknya sudah hilang kemampuan untuk hadir ke mahkamah selepas kejadian 21 Mei dua tahun lalu.

peguam syarie Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan, Mohd. Amirul Adam Ahmad yang mewakili plaintif memaklumkan yang , perkahwinan Jahidah dan suaminya, Rosmaini Abdul Raof, 40, telah difasakhkan hari ini maka terputuslah hubungan mereka sebagai suami isteri.

“Kes ini mengambil masa kerana sepatutnya Jahidah sendiri hadir tetapi keadaannya (masih terlantar), jadi permohonan penjaga ad litem perlu dibuat terlebih dahulu di Mahkamah Tinggi Syariah.
“Selain itu, perintah telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya berkaitan pengurusan harta Jahidah diserahkan kepada jawatankuasa yang diketuai oleh Fauziah dan adiknya Fazariah Nordin,” katanya.

Fauziah ditemui mengaku berasa lega apabila penderitaan kakaknya  yang digantung tak bertali selama ini berakhir selepas sah bercerai setelah dua tahun.

“Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab sudah tunggu lama (kes tuntutan fasakh) kakak. Memang tidak sangka mahkamah buat keputusan hari ini,” katanya.

Lebih sebulan menanti, akhirnya berita gembira menerpa buat Jahidah dan anak. Tuan Hakim telah pun meluluskan dan mengesahkan tuntutan fasakh berkenaan. Secara tidak langsung, kini Jahidah dan Rosmaini bukan lagi bergelar suami isteri.

 

 

Terdahulu, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya pada 4 Mei 2021.