Mahkamah Tinggi dedah ‘level’ Queen’s Councel yang akan wakili Najib dalam rayuan kes SRC nanti

Mahkamah Tinggi dedah ‘level’ Queen’s Councel yang akan wakili Najib dalam rayuan kes SRC nanti

Queen’s Counsel (QC) dari United Kingdom tidak akan mewakili Najib Razak dalam rayuan kes rasuah SRC International bekas perdana menteri itu.

Menurut Malaysiakini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi menolak permohonan untuk membenarkan kemasukan sementara QC Jonathan Laidlaw sebagai peguam di Malaysia.

Hakim Kamal Akmal Md Shahid memutuskan Laidlaw gagal menunjukkan dia mempunyai kelayakan dan pengalaman khas untuk mengendalikan rayuan Najib dalam kes SRC.

Hakim menyatakan bahawa isu kes SRC mampu dikendalikan oleh peguam Malaysia.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada Ogos untuk mendengar rayuan terakhir Najib bagi membatalkan sabitan kesalahan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan RM42 juta daripada SRC.