MAIS tarik balik tauliah mengajar agama Islam Ketua Pemuda Pas Selangor

MAIS tarik balik tauliah mengajar agama Islam Ketua Pemuda Pas Selangor

 

Ketua Pemuda Pas Selangor Mohamed Sukri Omar mengesahkan bahawa tauliah mengajar agama Islam miliknya telah ditarik balik oleh Majlis Agama Islam Selangor.

“Saya telah menerima surat rasmi dari Majlis Agama Islam Selangor berkait penarikan tauliah mengajar saya. Alhamdulilah lebih 11 tahun berkhidmat mengajar ilmu di surau/masjid seluruh Selangor.

“Saya patuh arahan ini,” kata Sukri menerusi hantaran Facebook. Sukri pernah bertanding di DUN Kota Anggerik semasa pilihan raya negeri Selangor.

Semua penceramah agama telah diwajibkan mempunyai tauliah mengajar Islam.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor berkata bahawa beliau akan meneruskan ceramah agamanya menggunakan medium lain yang lebih luas tetapi tidak menamakannya.

Sukri turut berdoa agar Allah menggantikan kerja penceramahnya degan sesuatu yang lebih baik.

Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris SHah telah membuat ketetapan bahawa masjid dan surau tidak boleh dijadikan medan berpolitik.

Sultan Sharafudin juga ialah pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Majlis Agama Islam Selangor turut memperketatkan larangan ini sewaktu pilihan raya negeri.

Sesiapa yang melanggar ketetapan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.