Mak angkat lemah sampai hilang semangat lepas anak diambil semula ibu kandung

Mak angkat lemah sampai hilang semangat lepas anak diambil semula ibu kandung

 

Hubungan ibu dan anak bagai air dicincang tak akan putus

Tak kisahlah anak itu adalah anak kandung atau anak angkat. Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya tiada tandingannya.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang ibu dilihat lemah semangat dan meraung di depan rumahnya.

Wanita itu dilihat sedih sehingga tak larat nak berjalan sampaikan dirinya dipapah dengan dua orang lelaki. Difahamkan, perkara itu berpunca selepas anak angkatnya yang bernama Uzma telah diambil semula oleh mak kandung.

Pelajar-pelajar sekolah yang dipercayai rakan Uzma kelihatan berkumpul di halaman rumah wanita terbabit dalam keadaan sedih dan menangis.

“Sakitnya ya Allah, Uzma anak ku, seandainya kau nampak video mama ni nak, mama mau kau tau, sayang mama dengan kau tiada tandingan” tulisnya.

“Wahai ibu kandung Uzma, buka lah pintu hati mu untuk hadirkan semula Uzma kepada ibu angkat atau susuannya. Walaupun sekejap, sekurang-kurangnya hilang beban rindu mereka” – Netizen

@ramanniecakehomemade

sakitnya ya Allah😭😭😭…uzma anakku,seandainya ko nmpk vdeo mma ni nak…mma mau ko tau,syg mama dgn ko tda tandingan…😭😭😭😭 #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Belum Siap Kehilangan – Fahimi Rahmat

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 160K tanda suka dan 4K komen di TikTok, netizen turut sebak dan sedih.

Image from @ramanniecakehomemade (TikTok)

Image from @ramanniecakehomemade (TikTok)

Image from @ramanniecakehomemade (TikTok)

Image from @ramanniecakehomemade (TikTok)

Kesiannya mak angkat dia, sampai hilang semangat macam tu.