“Mak mentua asyik bising suruh laki aku kahwin lain, aku stress sampai nak masuk depression, sekali aku carikan mak mentua madu”

“Mak mentua asyik bising suruh laki aku kahwin lain, aku stress sampai nak masuk depression, sekali aku carikan mak mentua madu”

 

Baru ni aku ambil keputusan untuk remove diri aku daripada hubungan yang toksik. Setelah berumah tangga selama 12 tahun tanpa cahaya mata.

Mental aku koyak bila mak mentua selalu provoke aku isu anak dan suami hanya kayu aje.

Tahun ni adalah tahun terakhir untuk aku bertahan dengan kata cacian dan hinaan mak mentua aku berjemaah dengan mak-mak sedara sebelah suami.

Aku dah tak tahan, dan tak boleh nak teruskan hadap dengan mak mentua sebab aku dah fikir masak, ini adalah jalan yang terbaik.

Maka raya tahun ni last aku bercampur dengan keluarga mentua. Aku tak larat dah nak fakekan diri aku. Tunjuk aku kuat walaupun dalaman aku broken, broken teruk.

Aku minta maaf dekat suami sebab aku memang tak boleh dah nak berbaik dengan mak dia.

Nak putuskan hubungan terus tak mungkinlah cuma aku nak jarakkan diri. Aku nak elakkan konfrantasi. Takut mulut ni ringan jer berbalas cakap benda tak elok.

Kami suami isteri telah menjalani ujian kesuburan dan keputusannya kami suami isteri tiada masalah itu dan belum dikurniakan rezeki anak. Itu sahaja.

Hubungan kami suami isteri baik-baik sahaja. Cuma beberapa tahun ni agak dingin. Aku tahu dia pun letih nak lalui proses ni. Aku pun mental juga.

Dua tahun lepas mak mentua bising suruh suami kawen satu lagi. Sedih juga laaa.

Kalau balik kampung tu je keje diratibnya, bila nak beranak, bila nak kawen satu lagi, orang lain nikah kemudian dari kau pun dah beranak pinak. Bini kau mandul. Keturunan aku takde yang mandul.

So kita orang biar je benda ni tergantung macam tu.

Sebenarnya aku nak share something tahun lepas, sebabkan mak mentua ni terlalu stresskan aku sampai nak masuk depression, asyik suruh laki aku kawen lain, kawen lain, kenenkan dengan anak perempuan kawan-kawan dia, aku mental.

Aku balas dendam. Tak, aku tak main santet, santet ni.

Dia ni keluarga berniaga makan. Berniaga makan lauk pauk tengah hari. Memang sedap air tangan dia, yang tak sedap mulut dia je.

Pekerja sambilan dia memang tak tahan lama, sebab tak tahan dengan sikap bossy dia. So memang keje lari je keje. Kejap datang, kejap tak.

So kebetulan aku tolonglah iklan jawatan kosong pembantu kedai mak mentua ni kat group komuniti situ.

Adalah beberapa orang yang pm bertanya dan aku tertarik dengan seorang calon ni. Aku siap interview dah. Ibu tunggal anak dua.

So aku send location gerai mak mentua dan no telefon mak mentua. Dan adik manis tu dapat job kat situ sebagai pembantu kedai.

Alhamdulillah selain dapat bantu menjana ekonomi ibu tunggal, aku dah ada strategi.

Aku cari calon untuk mak mentua aku. Korang kutuk la aku, aku dah tak kisah. Aku nak orang yang mengata aku tu rasa apa yang aku rasa.

Aku dah penat jadi baik. Level sabar aku dah nipis.

Aku biar je diaorang perkotak-katikkan maruah aku sebagai wanita. Aku diam aje bila diaorang membahankan aku. Diam, diam ubi berisi. Adan uke.

Bapa mentua suka main facebook tau, tengok tik tok. Dari situ aku tau, boleh tahan pak mentua aku ni, sebab suka sengih sensorang. Adala tu kan. Kadang terskodeng dia leka dok reply sambil senyum-senyum sendiri.

So, aku message kat adik manis ni, pak cik ni teringin nak beristeri dua, bisnesman aku kata then aku share link profile picture facebook bapak mentua.

So aku lepaskan ajelaaa pandai ko la. Kalau terkena umpan, kenalah.

So dalam masa tiga bulan, bila aku balik kampung dan ke gerai mak mentua ni, aku perati la merpati sejoli ni. Aku dapat rasa dah berputik cinta tu.

Kadang adik manis tadi tu ikut pak mentua aku gi pekan beli barang masakan atas alasan tolong angkat barang.

Mak mentua plak lepaskan jer macam tu, sebab dia dah letih memasak lauk pauk tengah hari.

Boleh dikatakan everyday lepas berniaga tutup kedai jam 3 tu, bapak keluar beli barang masak meniaga esok. Dia memang beli barang daily basis.

Sebenarnya aku pernah je kalau balik kampung terserempak dengan pak mentua ngeteh kedai kat pekan lepas abis meniaga, lepaskan lelah berniaga. Ni dah ada partner lagi sakan, hahahaha.

Manjang balik kata barang takde kena cari kat mall besar sikit, so dia lambat balik. Aku bila dengar macam tu memang aku sengih sampai ke telinga. Jahatkan aku yang dulu tersakiti ni buat orang lain plak.

Aku skodeng juga fb adik manis tu, wah update gambar jalan dengan bakal suami, tapi muka tak nampak.

Tak lama dua tiga bulan berikutnya adik manis ni update gambor gi kedai emas. Sebulan lepas tu adik manis hilang, dah tak dapat dihubungi.

Dia berhenti kerja la. Bapak pula dah jadi macam chipsmore, kejap ada kat gerai, kejap tak ade. Busy uruskan bisnes katanya.

Mak mentua terkontang kanting, tapi dalam dia letih tu mulut dia masih melahar ngata aku mandul.

Awal Januari lepas, kantoi mak dah bermadu. Alhamdulillah aku ucapkan. Mak sibuk nak madukan aku, mak yang bermadu.

Mengamuk tutup gerai 13 hari. Abis periuk belanga terbang, pinggan mangkuk pecah sana sini. Memang mak mentua aku amuk abis-abisan. Dia halaunya laki dia sendiri keluar rumah.

Apa ada hal, bapak mentua aku kata bini pertama mengamuk aku balik rumah bini nombor dua yang layan aku macam manusia.

So disebabkan mak mentua masih lagi terbako dan terkesan dengan perbuatan suami sendiri madukan dia dengan pembantu kedai yang maha rajin teman pi shopping barang nak berniaga, raya hari tu kami terpaksa beraya menemankan mak mentua beraya.

Tapi tu lah aku masih dikeji dan di hina sebagai manusia yang tak boleh beranak. Aku diam aje sebab aku rasa dah menang.

Memang dalam hati aku cakap mak, u layak untuk terima semua ini. Dan aku dah nekad aku jauhkan diri daripada drama keluarga mak mentua ni.

Kalau suami dah tak nak kat aku yang tak mampu nak bahagiakan dia ni dengan zuriat, pun aku dah redha. Sayang aku makin lama makin pudar. Sebab aku sendiri dapat rasakan suami dah tak macam dulu.

Pengajaran pengalaman hidup aku ni adalah, kalau tak boleh nak layan menantu tu macam anak sendiri tak perlukah caci keji maki, tak pasal dapat madu lagi muda.

Sekian, terima kasih.

– Mimi (Bukan nama sebenar)