“Mak mentua selalu menipu sakit, suatu malam dia call maki2 paksa suami aku balik jam 3.30pagi, belum sempat masuk kereta tiba2 kaki & tangan mak mentua kejang”

“Mak mentua selalu menipu sakit, suatu malam dia call maki2 paksa suami aku balik jam 3.30pagi, belum sempat masuk kereta tiba2 kaki & tangan mak mentua kejang”

 

MIL menganggap aku perampas anaknya. Dia kerap cakap macam tu dari awal kami kahwin. Suami aku ni satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

Beberapa karenah MIL yang terkesan dihatiku dari dulu & pastinya sampai bila-bila:

1. Depan suami baik, belakang suami dia maki aku.

Pernah dia call aku tanpa salam & terus maki aku.

“Wei, betina. Hang memang nak tunggu aku mampus baru nak ajak anak aku mai rumah aku?”

Hanya sebab dia call suamiku tak berjawab sebab suamiku dalam meeting. Walhal, baru 2 malam lepas kami ke rumahnya.

2. Aku bersalin anak pertama. Hari pertama di hospital, suami dtg masa melawat & tolong uruskan aku & anak. Tukarkan pampers, basuhkan cawan & pinggan, kemaskan almari. Waktu melawat tengah hari 2jam & petang 2jam. Suami akan dtg awal & balik paling lewat.

Hari ke3, mentua ikut. Suamiku tak ubah macam pelawat lain. Datang 30 minit sebelum tamat waktu melawat.

Baru duduk 5minit, MIL ajak balik sebab nak ke bank & nak beli handbag baru, asyik tengok jam sebab suami aku berlengah sebab sedang kelam kabut uruskan aku macam selalu. MIL dah buat muka & hempas barang.

Aku tahu suamiku lewat kerana mentua. Tapi, aku tetap terasa hati sebab suami aku lewat & x byj yg boleh tolong. Emosi lepas bersalin memang tak stabil.

Aku bersalin czer & byk limitation utk bergerak. Memang mudah mentally broken sampai aku rasa, takda suami pun takpa sebab tak membantu. Buat anak sama-sama, tapi tolong urus isteri pun culas. Macam-macam alasan.

3. Masa lepas pantang, suami bawa tidur rumah mentua sebab mentua buat kenduri. Suami keluar beli ais tiub. Ada tetamu datang. Anak aku tengah menangis lapar susu.

Aku masuk bilik susukan anak. MIL sindir aku pada tetamu ysng datang cakap aku curi tulang. Menantu malas. Buat-buat sibuk dengan anak.

Mentua datang ambil anak aku yang belum kenyang menyusu. Anak aku terkapai-kapai terkejut sebab macam kena rentap. Lepas tu, MIL suruh aku cedok lauk kat periuk besar di belakang rumah (tempat suamiku masak). Konon dia nak jaga anak aku.

Masa aku baru ambil periuk kecil untuk isi lauk, aku dengar anak aku menangis kuat. MIL aku membebel, perangai anak macam mak, asyik menangis saja, manja tak bertempat. Walhal baby lapar, baru 2 bulan.

MIL tak sabar nak suruh hidang cepat-cepat. Boleh je tunggu suami aku balik kedai, tapi dia tak nak.

Aku tak tahan dengar anak aku menangis. Aku ke ruang tamu rupanya MIL hanya biarkan anak aku terbaring atas sofa. Tinggal tak jatuh tergolek je. Aku cepat-cepat ambil anak aku. Mentua aku marah sebab aku masih tak cedok lauk di luar.

Aku bawa anak aku & periuk lauk, pergi cedok lauk di luar di tengah panas. Lauk tu panas tau. Anak aku pulak menangis tak henti-henti lagi.

Sekali aku menangis sebab sakit hati dengan karenah MIL.

Kebetulan suami aku balik. MIL cakap aku degil nak jugak cedok lauk walhal boleh tunggu suami aku balik. Lepas tu, bila anak nangis stress sorang-sorang & nangis sekali. Sakitnya hati aku. Suami aku terus suruh aku masuk bilik & rehat. Mungkin ingat aku stres bila anak meragam.

4. MIL call mak aku masa kau kat hospital cakap tak perlu bawa makan tengah hari. MIL dah masakkan & akan ke hospital dengan suami aku untuk hantarkan. Mak aku akur.

Macam biasa, sampai lewat dah. Lagi 15 minit nak habis waktu melawat.

Tahu bawa apa? Bawa nasi bungkus & kari ikan tongkol (mak aku pernah pesan, ikan tongkol tu gatal, untuk yg czer kena jaga betul-betul & tak boleh sembarangan makan).

Aku tak makan. Aku cakap tak boleh makan lauk ni. MIL buat muka & cakap aku mengada. Suamiku tak terkata apa. Suami aku ni tak tahu yang ikan tu tak boleh makan.

MIL keluar dulu tunggu di luar sementara suami aku tukarkan pampers anak. Aku tanya suami, kenapa MIL cakap nak tolong masak & call mak aku tak bagi bawa makan then at last beli?

Suami jawab, MIL cakap mak aku yang call suruh MIL beli makanan sebab mak aku tak sempat hantar.

Aku tak dapat tahan emosi. Memang aku menangis & suruh suami aku buang lauk tu. Lantaklah dia nak cakap aku tak hargai ke apa. Waktu melawat pun tamat. Suami aku tak sempat nak pujuk aku, dah kena keluar. Suami aku call, aku matikan. Sakitnya hati.

Aku call mak aku menangis-nangis. Aku cakap, aku tak da suami pun tak apa. Sebab suami aku pun bukan nak jaga aku, turut sangat cakap mak dia.

Kalau mak dia bagi makan racun kat aku pun, dia ikut je. Mak aku memang pandai pujuk aku untuk bertenang. Aku minta pengawal keselamatan tolong belikan bubur di kantin sebab makanan hospital dah pun dipungut tepat pada waktunya.

5. MIL pernah datang tidur rumah aku. Masa aku nak buka pintu bilik nak ajak MIL makan, aku dengar MIL bebel, “Anak haram ni kalau tak buas tak sah. Barua betul.”

Aku cepat-cepat pulas tombol pintu & nampak dia tengah tolak kepala anak aku yang tengah selongkar beg dia. Ya memang salah anak aku.

Tapi, dia masih kecil & MIL juga yang ajak dia masuk bilik. Masa tu umurnya 2 tahun.

Aku tak tahu kenapa aku buat-buat tak nampak & hanya ajak anak aku keluar bilik. Masa tu, suami aku kat tempat kerja.

6. Masa suami kat tempat kerja, MIL memang berkurung di bilik sahaja. Aku anggap dia letih & berehat. Tapi, bila suami aku nak sampai rumah, dia akan duduk di ruang tamu.

Rumah kami tiada sofa. Memang kena duduk di lantai berlapik karpet. Masa suami aku sampai, selalu dia akan datang peluk aku & anak.

Memang begitu rutinya.

Tiba-tiba, MIL mengerang sakit & menangis cakap sakit badan duduk di lantai & ajak suami aku keluar beli sofa. Tadi elok je aku tengok, ni sampai kena papah masuk bilik.

Aku merajuk senyap-senyap. Aku suruh suami pergi kedai sofa dengan MIL & aku tak mahu ikut.

Mujur suamiku ni masih ingat perbincangan kami dahulu yang kami tak perlukan sofa di rumah sewa & hanya akan beli sofa lepas masuk rumah baru nanti. Sejuk hati aku bila suami tak setuju dengan cadangan MIL. Aku ingatkan dia akan turutkan.

7. Masa aku bersalin anak kedua, aku trauma & agak akan ada drama lagi dari MIL. Aku dah pesan pada mak aku agar jangan percaya cakap MIL kalau dia berjanji nak belikan apa-apa untuk aku.

Segalanya baik-baik sahaja hingga hari terakhir aku di hospital. Pagi lagi doktor dah maklumkan yang aku boleh keluar cuma sedang proses dokumen discaj.

Aku maklumkan pada suamiku. Mungkin dalam petang dah boleh keluar & minta suami standby untuk urusan discaj. Tak sabarnya nak balik rumah.

MIL ada juga call tanya betul ke dah boleh keluar hospital. Dia suruh singgah rumah dia tetapi aku tolak sebab dengan perut czer nak singgah merata.

Aku nak terus balik rumah mak aku. Aku harap dia faham walau ada nada tak puas hati di hujung talian. Ayat dia, “tunggu mati la baru boleh jumpa cucu.”

Jam 3 petang, dapat je surat discaj, aku call suami. Dia jawab, dia bawa MIL urut kaki di spa. Baru je sampai & nak start sesi urut. Dalam 2 jam lagi dia sampai kat aku. Aku terus matikan call. Dia call balik memang aku tak jawab.

Eh, suami aku memang tak da common sense ke eh? Dari pagi aku dah inform.

Aku minta mak & ayah aku datang uruskan discaj. Memang aku menangis teresak-esak sebab sakit hati. Banyak lagi hari lain. Kenapa hari ni jugak nak sakit kaki & nak ke spa bagai?

Masa mak & ayah aku sampai pun memang aku menangis lagi. Ayah aku tenangkan aku & tak bagi aku fikir sangat takut meroyan.

Aku bagi kat debit untuk ayah aku selesaikan urusan discaj. Suami aku sampai masa mak aku tengah tolak kerusi roda aku & ayah aku tengah bukakan pintu kereta. Aku?

Pastinya aku buat macam suami aku tak wujud. Ayah aku pulak cuba damaikan suasana & slow talk untuk bawa aku pulang menaiki kereta ayah aku.

Sampai di rumah, suami aku datang tolong apa yang patut. Aku buat tak tahu dengan suami aku. Cakap pun sepatah sepatah je. Sungguh aku terasa hati.

Paling aku terasa hati dia bawa mak dia naik kereta baru mak aku. Kereta suami aku rosak. Mak aku yang bagi pinjam kereta agar senang bergerak & uruskan aku. Boleh pulak dia bawa mak dia ke sana ke mari. Tak malunya!

8. Masa aku berpantang di rumah mak aku, MIL kerap call tanya hari ke berapa pantang. Dan asyik sebut & tekan aku, lepas pantang jangan duk rumah mak aku. Cepat-cepat balik rumah sendiri.

Ternyata dia dengki anak aku rapat & manja dengan mak & ayah aku. Anak sulung aku pun 1, memang buat tak endah dengan MIL. Bukan aku yang ajar. Anak aku tak suka kalau orang suka usik & bercakap kasar.

Contohnya, MIL suka cakap “aku sekeh jugak kepala hang ni”, “buas macam beruk”, “mama dah ada adik dah tak sayang kakak dah. Padan muka.”.

MIL umpan anak aku dengan duit tapi anak aku buang je duit. Lepas tu MIL cakap anak aku ni degil & buas macam jantan.

Tapi, jauh di sudut hati aku, aku rasa anak aku ni teringat-ringat je orang yang tolak kepala dia & banyak sakiti dia tapi berpura-pura baik & berlakon sayang depan orang.

Bagi aku, budak-budak ni dia tahu & ingat je apa yang orang buat. Cuma dia tak reti bagitahu.

9. MIL call aku masa lepas pantang anak kedua & masih kat rumah mak & ayah aku. Bagitau yang dia x sihat. Demam & xlalu makan. Dah kurus dah badan dia.

Bagi aku, dia minta simpati. Bukan sekali dia buat cerita macam sakit teruk nak mati, tapi bila pergi melawat elok je baru balik dari berjalan-jalan. Konon tak boleh berjalan tapi merata dia pergi.

Kali ni, ayat last dia, “jangan bawa anak datang melawat sebab takut berjangkit kat anak.” Aku pun iyakan je. Sikit pun aku tak risau.

Memang aku takda hati nak melawat dia yang suka berlakon & berpura-pura. Nasib dia lah kalau tiba-tiba sakit betul tapi aku anggap dia main-main.

Lain pula ceritanya, dia call suami aku yang tengah out station, menangis-nangis cakap tak sihat & rindu sangat cucu-cucu dia. Suami aku pulak berkias-kias suruh aku bawa anak-anak melawat nenek mereka.

Aku terus tanya suami aku, “Kenapa? Ibu yang suruh abang call suruh bawa cucu dia ke?”

“Ibu call bagitau ibu tak sihat & rindu nak jumpa cucu. Kalau boleh, bawalah jumpa.” Nak je aku tanya, nak mati sangat dah ke? Tapi aku diamkan.

“Ibu baru lepas call cakap jangan datang bawa anak sebab takut berjangkit. Anak-anak kecil lagi antibodi tak kuat. Dia risau.”

Suami aku terdiam. Aku tanya, nanti kalau aku bawa, aku ni degil la tak dengar cakap MIL & nanti kalau anak aku sakit, MIL akan salahkan aku sebab awal2 dah cakap. Itu ke yang suami aku nak?

Suami aku merungut. MIL ni pun 1, cakap tak serupa bikin.

10. MIL call aku beritahu seminggu tak boleh berjalan. Aku pulak baru lepas tengok kakak ipar aku upload gambar makan kenduri siap ada MIL aku lagi bergambar dengan pengantin. Macam mana aku nak percaya?

MIL aku ni attention seeker, penipu, berlakon, suka bodoh-bodohkan anak, dia je sentiasa betul, suka mencarut, suka maki, suka cakap besar, suka hina orang lain.

Aku tak benci MIL aku sebab aku tahu dia syurga suami aku. Tapi aku cukup benci & menyampah dengan sikapnya.

Doakan aku kuat nak hadap MIL yang psiko ni. Kalau korang nak tahu, kerap kali je dia call tanpa salam & terus maki. Macam ada masalah jiwa.

Kejap ok, kejap tak. Dan sejak beberapa bulan ni, aku memang block MIL aku. Aku hanya unblock bila aku berada dengan suami aku kerana yang manis-manis hanya depan suami.

Bukan aku tak nak merungut hal MIL pada suami. Suami aku pun dah cukup faham & masak dengan perangai MIL. Cuma, aku tak mahu suami aku rasa macam aku benci mak dia. Banyak lagi aku nak cerita perangai psiko & gila MIL aku ni.

Kalau la orang lain, dah lama aku maki & ignore je. Tapi tu lah, dia syurga suami aku. Aku pulak kalau meletop, memang dah tak boleh nak tengok muka sampai bila-bila. Terpaksalah aku bertahan.

Kadang aku doakan yang MIL aku cepat mati agar tak menyakitkan hati aku lagi dah.

MIL dari Neraka itu Syurga Suamiku II

Hi semua, Ingat lagi part 1 MIL dari Neraka itu Syurga Suamiku?

Lama aku ambil masa nak sambung part 2.

MIL aku memang psiko teruk & menyakitkan hati.

Aku dah banyak kali bergaduh dengan suami aku sampai tahap minta cerai sebab aku tak nak dia jadi anak derhaka, aku nak jaga mental aku & anak-anak.

Baik suami aku duduk je celah ketiak mak dia yang selalu kata aku ambil anak dia sedangkan kami tak abaikan MIL.

Setiap kali bergaduh je mesti berpunca daripada MIL yang suka berdrama air mata, maki hamun & buat ayat psiko menyiksa mental anak menantu,

Melabel anak derhaka, syurga di telapak kakinya selain hebat berlakon melaga-lagakan anak menantu.

Paling aku tak boleh terima & terkesan di hati aku, MIL menyakiti anak-anak aku semasa ketiadaan suami aku tapi berlakon baik bila depan suami.

MIL duduk di kerusi, dia sepak anak aku yang tengah tengok tv dekat dengan kerusi, saja-saja kaki tu nak menjalar kacau anak aku.

Gurau kasar nampak?

Lepas tu suka maki & mencarut. Anak-anak kecil cepat sangat menyerap.

Korang rasa aku tahap nak cilikan mulut anak aku ke nak cilikan je MIL aku tu. Tu pun aku sabar lagi. Hadap dengan tabah kononnya.

Lepas tu MIL buat hal lagi. Banyak. Tapi kali ni aku highlight 3 je.

1. Nak loan kereta guna nama anak tanpa bincang

Aku dalam pantang. Dia ajak laki aku ke klinik, sebab tak sihat. Tiba ajak singgah kedai kereta. Nak loan kereta atas nama laki aku.

Tak bincang, tak apa2, tiba2 decide terus. Gila kan?

Alasan? Nanti ibu mati, ambil la kereta tu kat kau, kau sambung bayar.

Macam laki aku tu kaya. Bila laki aku tak turut, dia merajuk cakap laki aku anak derhaka. Berminggu merajuk. Memang makan sumpah seranah. Dengan aku2 yang dalam pantang kena hadap.

2. Nak beli gelang emas sebab malu kat menantu

Aku beli emas selepas keluarkan kwsp. Dalam 10k. MIL mengamuk sebab laki aku beli utk aku je. Weiiii. Duit kwsp aku. Bukan laki aku.

Mentua aku drama kat adik beradik laki aku minta collect duit beli emas. Kat ipar2 lain dia cakap laki aku nak sponsor 3k, kat laki aku dia cakap la kakak-kakak nak sponsor beberapa ribu sorang.

So, dia nak sekian-sekian dari setiap anak. Padahal, dia create je. Tapi adik-beradik ni lagi cerdik, checking satu sama lain. Kantoi! No emas! Hahaha.

3. MIL kaki scam anak-anak

Suka call tengah-tengah malam menangis-nangis tak sihat tak ada siapa nak bawa ke hospital bagai. Setiap anak pernah kena.

Laki aku pernah tinggalkan aku yang terlantar & tak boleh berjalan (masalah otot masa mengandung) seorang diri & shoot sejauh 30km ke rumah mentua sebab nak bawa ke hospital dah dia cakap anak lain tak jawab call.

Masa sampai, MIL tercegat depan pagar ajak lepak mamak. Laki aku bawa, tapi laki aku tak makan sebab bengang kena scam.

Bila dia cerita kat adik beradik dia, diorang gelakkan je sebab diorsng pun pernah kena dengan mak diorang yang lapar perhatian tu. Laki aku kategori sabar & hormat mak dia.

Dia tak maki. Dia tak cakap apa-apa. Lepas melayan mak dia makan, dia balik. Kalau itu yang dapat puaskan hati mak dia, dia terima. Tapi, kali tu je la. Next trick mestilah dah tak percaya.

Okay. Kali ni aku stop sampai point no 3 ni je la. Point no 3 ni memang memberi kesan kepada semua anak. Semua pernah kena scam cara yang sama.

Call nangis-nangis sakit tengah-tengah malam, pernah juga ada anak yang call ambulans sebab lambat nak sampai rumah mak diorang, ambulans sampai depan rumah, dia halau & maki ambulans.

Ada juga masa yang MIL cerita tengah-tengah malam, dia pergi sendiri ke kecemasan hospital sebab anak tak peduli, lepas tu doktor nak admit wad sebab darah tinggi, tapi dia lari balik.

Aku pun tak taulah betul ke tak. Kerap dia cerita macam tu untuk minta perhatian & belas kasihan anak-anak supaya risaukan keadaannya, sedangkan selang 2 3 hari mesti ke rumah dia.

Dia mesti cakap dah 5 hari tak makan sebab tak lalu, padahal dua hari lepas kami makan sama-sama. Bukanlah anak-anak abaikan dia atau apa-apa.

Dia pun normal dan tak nyanyuk. Cuma suka buat teruk nak bagi orang risau tapi menipu yang kantoi sebab tak pandai cover.

Lagi satu, logik ke selang 3 4 hari tiap malam ke kecemasan, doktor entertain darah naik sampai 200 lebih lepas tu ada branula tapi boleh lari balik? Takkan kalau sebulan sampai berkali2 tak jadi isu? So, susah nak percaya kan?

Dan. Nak dijadikan cerita. Suatu malam, jam 2 pagi, dia call laki aku. Suruh datang sekarang juga sebab dia sakit badan. Sedangkan di rumah MIL ada je laki dia (FIL hahaha).

Suami aku baru sampai rumah jam 11 malam dari kursus. Disebabkan baru je tertidur, suami jadi mamai. Kebetulan, aku kat kampung mak aku dengan anak-anak.

Jam 2.30 pagi, MIL telefon lagi suami aku. Dia maki sebab suami aku tak sampai lagi. Dia paksa suruh datang jugak.

Macam biasa, dasar anak tak guna, suka tengok aku mampus sorang-sorang. Dan kata makian dah sebati di bibirnya tanpa henti.

Tak cukup dengan itu, dia call aku marah-marah macam aku punca suami tak datang. Padahal dia dah tahu kami kat tempat lain-lain.

Korang rasa apa perasaan mamai-mamai jawab call terus kena maki? Aku tidur je tanpa matikan talian. Letak tepi telefon. Tapi tak boleh tidur pun, hati bernanah-nanah.

Cerita pasa FIL aku, sejenis tenang, seolah sudah terbiasa dengan karenah MIL yang over acting & suka berpura-pura takkan masuk campur urusan drama MIL, melainkan FIL akan terpalit kena maki sekali.

Bukan dia takut bini, cuma bini yang tak takut dengan dia. Hahaha.

Aku respect FIL aku, sangat penyabar & selalu pekakkan telinga melayan karenah drama MIL & menghadap segala makian saban hari.

Suami aku trigger. Jadi stress dengan mak dia. Dia wassap panjang-panjang dalam group adik beradik kata dia otw & cerita segalanya.

Apakan daya. Semua orang sedang tidur. Aku jela yang baca dah terjaga dek telinga yang kena panah petir tadi. Baru aku faham cerita. Tadi macam tak faham kenapa kena marah.

Suami aku gagahkan diri bangun, drive ke rumah mak dia. 30km. Jam 3.30pagi. MIL aku macam biasa. Duk menangis marah sebab dia lambat. Suami aku lapor dalam group, MIL macam normal je tak ada yang serius.

Tapi sebab dia mengadu sakit badan & tak boleh bangun (suami duk ingat macam selalu, tak boleh bangun bila depan orang, bila orang balik dia boleh bangun jenguk kat tingkap nampak kelibat dia yang tak boleh bangun tu),

Dia ajak MIL bersiap ke kecemasan hospital untuk puaskan hati MIL.

MIL masih dengan drama makiannya (dalam duk sakit tu boleh marah semua anak terpaling tak guna termasuk laki aku sebab lembab & lambat sampai).

FIL & suami dah ready nak papah MIL masuk kereta. Belum sempat nak papah, tiba-tiba MIL seolah-olah tarik, kaki tangannya kejang lalu meninggal dunia beberapa minit selepas itu.

Tak jadi pergi hospital. Telefon ambulans datang ke rumah untuk sahkan kematian.

Berakhirlah riwayat syurga suamiku.

Bukanlah aku tak sedih. Sedih. Tapi, dari satu sudut yang mentally tortured dengan MIL, aku lega, aku bersyukur Allah lebih menyayanginya & tentukan yang terbaik untuknya.

Aku selalu doa. MIL aku selalu sakit-sakit, sembuhkanlah jika benar kesakitan itu & jika itu yang terbaik atau matikanlah jika itu yang terbaik dengan apa sahaja drama yang jadi.

Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Nota: Terima kasih atas nasihat, idea & kecaman dari part I (semasa masih hidup) & part II (sudah meninggal). Bukan aku tak move on, cuma aku memang terkesan.

Sape cakap take it easy, korang kena try duk tempat aku. Moga korang jadikan pengajaran & tauladan untuk kehidupan masing-masing.

– Menantu Perempuan Tunggal (Bukan nama sebenar)