Makin menggila, hotel di Madinah naik 300%, agensi umrah mohon maaf
Sejak beberapa bulan ini, banyak isu yang melibatkan agensi pelancongan umrah berlegaran di media.
Ini bukanlah kes yang melibatkan penipuan agensi pelancongan, tetapi isu melibatkan kos penerbangan dan penginapan di Arab Saudi yang naik mendadak.
Perkara ini turut dijelaskan oleh seorang pengusaha agensi pelancongan umrah, Tuan Afiz Ayub yang mengalami masalah yang sama semenjak November 2022 lagi. Mari kita ikuti perkongsian beliau.
Hari ini saya terpaksa akur dan tak mampu untuk kekalkan harga pakej saya pada bulan 3.
Bagi jemaah saya yang lepas, dari November 2022 – sehingga February 2023 walaupun kenaikan mendadak pada Hotel Mekkah, saya boleh maintainkan harga kerana masih dalam kawalan. Jadi tiada sebarang sebab saya nak naikkan harga walaupun 1 sen.
Akan tetapi minggu lepas saya di kejutkan dengan invoice terbaru di Madinah. Di Madinah, hotel yang di ambil adalah mengikut list iaitu pembayaran dan invoice sebulan sebelum bulan berikutnya. Tiada masalah dari awal dengan harga yang mana kami di maklumkan harga akan naik pada bulan Ramadhan sahaja. Ini normal.
Tetapi apabila kami ingin membuat bayaran penuh untuk departure bulan 3 bersama hotel walaupun telah deposit, minggu lepas mereka kata harga naik 300% sama dengan harga ramadan bermula shaaban. 💆💆. Jadi walaupun dapat berita begini banyak impak kepada harga hotel madinah yang mana hotel economi yang jauh pun mereka mula jual bermula 600 riyal asbab demand yang tinggi.
Saya kerahkan team mekkah saya turun madinah selama seminggu untuk cari hotel hotel yang pada budget syarikat. Malang sekali semunya sangat mahal seperti harga bulan ramadhan. Oleh yang demikian sehingga hari ini, hotel kekal pada harga 300% kenaikan dan ianya sama sekali tidak boleh menampung kos pakej kami hotel sekitar masjid di mekkah dengan harga cuti sekolah.
Jadi hari ini saya buat keputusan amat berat untuk penambahan harga last minit bagi menampung kos pakej umrah bulan mac. Bayangkan dahulunya saya tidak mengenakan sebarang kenaikkan dan kos kami sebulan di madinah SAR450,000, tetapi kali ini pada bulan 3 ini kos meningkat menjadi SAR1,350,000 Allahu. Perbezaan SAR900,000 bagi bulan 3 dengan sekelip mata sahaja.
Di sini saya momohon sejuta keampunan dengan terpaksa memberikan option tiada tambahan dengan penukaran hotel 5 bintang tetapi jarak yang tidak berdekatan masjid bersama tambahan petugas bagi yang kurang mampu atau pun kekal pada pakej sama tetapi ada penambahan kenaikan madinah.
Lagi sekali mohon maaf di atas perubahan saat akhir kerana kami buntu dengan kenaikan hotel madinah. dari bulan november ramai yang terpaksa membuat penambahan untuk ke umrah, tetapi kami masih kekal.
Insyallah sama sama kita doa tiada lagi kenaikkan demi kenaikkan di Tanah Haram kelak.