Makin merepek ‘drama’ Sol ni, Ira Kazar nak saman JAWI pula

Makin merepek ‘drama’ Sol ni, Ira Kazar nak saman JAWI pula

 

Isteri kedua pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar bakal memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin mengambil keputusan tersebut ekoran pendedahan agensi kerajaan itu terhadap tuduhan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin kepada orang awam.

Perkara itu dimaklumkan Ammar Ghalip yang mewakili Ira kepada Sinar Harian.

“Berkenaan dengan kenyataan Puteri Sarah mengenai siasatan-siasatan daripada Jawi itu, ia masih belum selesai dan dalam siasatan lagi. Isu berkenaan masih disiasat dan terdapat perkara yang boleh dipersoalkan. Jadi, tindakan undang-undang telah pun diambil kepada Jawi.”

Peguam, Ammar Ghalip

Malah Syamsul turut mengesahkan pihaknya akan menyaman jabatan agama itu ekoran dari pendedahan tersebut.

“Ira akan saman Jawi. Minggu depan kami akan failkan saman,” kata Ira.

Semalam, Syamsul Yusof menerusi satu sidang media menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah bahawa dia ada melakukan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin dengan Ira yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.

Bukan itu sahaja, dia turut mempersoalkan ketelusan Jawi dalam menguruskan isu berkenaan.

Tegasnya, kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah.

“Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan isteri kedua (Ira) melakukan persetubuhan luar nikah. Kenyataan-kenyataan itu tidak benar dan mungkin ada unsur-unsur rasuah. Mungkin.

“Saya berkahwin dengan Ira pada 6 Januari. Itu adalah tarikh saya bernikah. Alhamdulillah (perkahwinan) kami telah didaftarkan secara sah di sini (Malaysia) pada 20 Januari 2023,” katanya.

Dia pada Selasa, 21 Mac mengejutkan orang ramai apabila memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Malah pengarah filem Mat Kilau yang berusia 39 tahun itu mendakwa isterinya berlaku curang bersama lelaki lain.