Malang!!! Diarah bersenam dan berbogel setiap pagi, wanita malang mengadu diperdaya lelaki psiko
Diarah melakukan rutin harian pelik demi membuktikan cintanya pada kekasih.
Itu seksaan emosi dialami seorang gadis yang dipaksa bangun seawal jam 5.30 pagi setiap hari untuk melakukan senaman bagi menjaga bentuk tubuh.
Malah, mangsa turut dipaksa menghantar gambar bogelnya kepada kekasih dengan alasan mahu menilai hasil senaman dan bentuk badan diinginkan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mei, 24, berkata, dia mula mengenai lelaki berusia 31 tahun itu pada Mei tahun lalu selepas masing-masing mempunyai minat dalam aktiviti sukan elektronik (e-sukan).
Menurutnya, kekasihnya itu bijak memanipulasi keadaan dan memujuknya dengan pelbagai helah bagi mendapatkan wang.
“Saya tidak sedar dia adalah kasanova ‘pisau cukur.’ Saya dipujuk supaya membuat pinjaman wang dari ceti haram atau along bermula Januari lalu.
“Saya diarah meminjam wang RM3,000 dari along sebelum semua wang itu diserahkan kepadanya. Saya kemudian diminta membayar hutang along itu,” katanya ketika membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA.
Dia kemudian diarah meminjam lagi wang RM5,000 dari along kononnya bagi menyelesaikan hutang peribadi.
“Saya seperti orang bodoh apabila mengikut sahaja arahannya itu sebelum diminta pula membuat hutang baru berjumlah RM200,000 dari along,” katanya.
Menurutnya, dia turut dipaksa melakukan rutin aneh iaitu bangun seawal jam 5.30 pagi setiap hari untuk melakukan pelbagai bentuk senaman dan regangan tubuh.
“Video rakaman saya melakukan senaman itu perlu dihantar kepadanya setiap hari sebagai bukti. Sekiranya saya bangun lambat atau gagal menghantar video, saya akan dimarahi dengan teruk.
“Malah, saya diarah menghantar video dalam keadaan bogel kononnya bagi membolehkan dia membuat penilaian keberkesanan senaman dilakukan,” katanya
Dia bagaimanapun mula mengesyaki dipergunakan suspek yang hanya menggunakan namanya untuk meminjam wang serta memperoleh wang mudah.
“Malah, dia enggan membantu menjelaskan semua hutang itu selain menjadikan video bogel saya sebagai bahan ugutan,” katanya yang bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Banting, Selangor, baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong menasihati golongan muda supaya menyiasat latar bakal kekasih sebelum meneruskan hubungan lebih serius. – HM