Malang yang pelik, wanita ini kena hempap dengan motosikal sendiri gara-gara elak wayar

Malang yang pelik, wanita ini kena hempap dengan motosikal sendiri gara-gara elak wayar

 

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila berlanggar dengan sebuah wayar besi ketika menunggang motosikal di Guangxi, China pada Rabu.

Tidak menduga akan tragedi tersebut, wanita terbabit terlebih dahulu menunggang dengan selamat di laluan berkenaan.

Namun, angin kencang yang melanda telah mengakibatkan wayar besi itu terbang melayang ke arahnya yang sekali gus menyebabkan dia terjatuh.

Dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), insiden tersebut tular di laman Twitter.

 

Meskipun begitu, wanita terbabit yang dilengkapi topi keledar dipercayai selamat daripada sebarang kecederaan parah.

Tercampak dan dihempap motosikalnya, wanita terbabit segera bangun untuk melihat keadaan sekeliling dan wayar besi terbabit kelihatan hilang daripada paparan kamera CCTV tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada insiden itu benar-benar berlaku atau ia hanya video yang diedit sekadar ‘content’.