Malaysia belum buat keputusan terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine

Malaysia belum buat keputusan terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine

Taiwan menyertai negara lain dalam mengenakan sekatan ekonomi ke atas Rusia berhubung pencerobohan ke atas Ukraine.

Menurut laporan MalaysiaGazette, sekatan itu dijalankan bersama pembuat cip kontrak terbesar di dunia, Syarikat Pembuatan Semikonduktor Taiwan (TSMC) yang akan mematuhi semua peraturan kawalan eksport.

Perdana Menteri, Su Tseng-chang dalam kenyataan kepada media berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan itu.

Menteri Ekonomi Taiwan, Wang Mei-hua pula berkata, pihaknya akan meneliti butiran eksport ke Rusia dan akan menyelaraskan dengan sekutunya mengenai tindakan selanjutnya.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pula berkata, kerajaan di pulau itu yang merupakan kunci utama kepada rantaian bekalan semikonduktor global akan menyelaras secara rapat dengan Amerika Syarikat (AS) dan negara lain untuk menggunakan langkah yang sesuai untuk membebaskan Ukraine.

Apabila ditanya mengenai sekatan tersebut, TSMC, syarikat yang disenaraikan sebagai paling berharga di Asia itu akan mengikut peraturan kawalan eksport yang bakal dikeluarkan Taiwan.

“TSMC akan patuh semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dan komited sepenuhnya untuk mematuhi peraturan kawalan eksport baharu yang akan diumumkan.

“Syarikat ini mempunyai sistem kawalan eksport yang ketat, termasuk proses penilaian dan semakan teguh untuk memastikan sekatan tersebut dipatuhi,” katanya.

Taiwan mempunyai kontrak gas asli dengan Rusia yang akan tamat pada Mac ini.

Menurut Menteri Pertahanan Taiwan, Chiu Kuo-cheng, satu kumpulan khas akan memerhatikan situasi konflik di Ukraine dan akan melihat jika perang tersebut “berhubung” dengan China.

“Dalam menghadapi gangguan komunis yang tidak henti di Taiwan, setiap hari kami berpegang teguh kepada demokrasi dan kebebasan,” kata kementerian itu dalam satu siaran video