Malaysia Menangis : Pembunuhan kejam 2 wanita selang seminggu cemari Sambutan Hari Wanita Sedunia
Negara digemparkan dengan 2 kejadian kejam dalam tempoh seminggu. Ketika dunia sedang meraikan sambutan Hari Wanita, berita sedih ini menjadikan sambutan khusus buat pengorbanan kaum hawa itu seolah tidak bermakna.
Hasliza Alias, ibu 2 anak mati ditembak suaminya ketika sedang nyenyak tidur dibilk tidur rumah mereka sendiri. Menurut siasatan polis, permohonan fasakh isteri terhadap suaminya menjadi punca kepada pembunuhan tersebut.
Manakala hari ini negara sekali lagi dikejutkan dengan pembunuhan seorang wanita, Nik Khatijah Nik Mud yang didakwa hilang sebelum keretanya ditemui ditempat parking sebuah pasaraya siang tadi.
Hasil siasatan polis kemudiannya menemukan mangsa dirumahnya dalam keadaan tidak bernyawa dengan kesan leher dijerut. Polis masih belum menemukan punca wanita tersebut dibunuh.
Ternyata ini merupakan episod sedih negara dalam keadaan sambutan Hari Wanita sedang diraikan. Negara juga berdepan dengan peningkatan jenayah rumahtangga bermula PKP Mac lalu, terkesan dengan beban ekonomi yang semakin teruk berpunca dari pandemik Covid-19.
Persoalannya, dimanakah suara menteri dan timbalannya yang begitu becok bersuara memperjuangkan nasib wanita sewaktu menjadi lembangkang dahulu.
Kenapa tiada kedapatan amaran yang keras terhadap pelaku jenayah kekerasan sehingga menimbulkan kehilangan nyawa ini dari mulut menteri-menteri ini, seolah-olah pembunuhan kejam ini mahu dianggap biasa oleh masyarakat nanti.