Malaysia mula berpuasa Ahad ini

Malaysia mula berpuasa Ahad ini

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ahad ini.

“Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad ini, 3 April 2022 bersamaan 1443H/2022M menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja,” katanya sebentar tadi.

Dalam pada itu, keterujaan orang ramai terhadap warna baju Melayu yang bakal dipakai oleh beliau pada pengumuman malam ini akhirnya terjawab selepas beliau tampil segak memakai baju bewarna ‘Peach’