Malah menerusi ruang perkongsian video di Gempak, rata-rata netizen sudah mula meneka barisan penyanyi yang menyanyikan lagu OST filem tersebut.

Menariknya, nama penyanyi rap terkenal iaitu Malique antara yang menjadi sebutan salah seorang penyanyi OST filem tersebut.

“Malique atau Siqma… Siqma punya suara pun lebih kurang macam Malique atau mungkin memang Malique.

“Malique? Serius la Mr General is back weh?

“Wei Malique? Serius ah. Too Phat ke this time? I can’t wait,” komen beberapa netizen.

Andai tekaan itu betul, mereka sudah tidak sabar untuk mendengar kembali alunan suara Malique yang sekian lama sepi dari radar industri seni.