“Mama, orang tu pegang p*n*s saya pulak”, kanak-kanak mengadu kena gangguan seksual

“Mama, orang tu pegang p*n*s saya pulak”, kanak-kanak mengadu kena gangguan seksual

 

Sering kita dengar di dalam dada akhbar berita mengenai kanak-kanak yang terkena gangguan seksual.

Walaupun pada dasarnya, mereka yang melakukan gangguan ini pada awalnya berniat bergurau, namun kita tidak harus pandang remeh perkara ini.

Seorang pengguna Facebook bernama Shuhadah Khalil, telah membuat satu hantaran perkongsian tentang apa yang berlaku kepada beliau dan anaknya ketika sedang menjamu selera. Jom kita baca.

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya tak tahu mana nak mulakan cerita. But before that, posting ini panjang. Dan maaf atas campuran bahasa dan kesalahan tatabahasa.

Tujuan saya menulis dan berkongsi hanya untuk jadikan pengajaran dan peringatan untuk kita semua, especially ibu ayah yang ada anak dibawah umur.

27 Februari 2023, Isnin.

Saya dan kawan saya plan untuk bawa anak-anak kami menonton wayang di salah sebuah pusat beli belah di KL. Kami tiba di sana sekitar jam 12 lebih. Tayangan start jam 3 petang. Kiranya berbaki 2 jam lagi before movie time.

So, kami pun decide untuk lunch dulu. Setelah selesai order makanan dan makanan pun dah sampai di meja, anak saya lelaki 9 tahun bersama anak kawan saya bernama H, juga lelaki 9 tahun, nak basuh tangan before makan.

Memandangkan kedai makan tu tak ada sinki yang disediakan khusus untuk pelanggan, jadinya mereka kena basuh tangan di dalam kitchen restoran tersebut.

Okay jap. Kitchen tu adalah kegunaan staff mereka untuk basuh pinggan and all, dan kitchen tu tertutup ya sebab berpintu. Bukan open kitchen.

Bermula gangguan seksual

Then, anak saya dan H berdua pergi masuk ke kitchen untuk basuh tangan. After they came back, masa kat meja, H tanya anak saya “Awak, orang lelaki tu ada pegang awak punya ni tak (sambil tunjuk kemaluannya)?”.

Anak saya jawab, “Tak ada pun. Kenapa? Dia pegang awak punya ke?”. H jawab “Haah, dia pegang”.

Saya yang mendengar perbualan tersebut jadi terkejut. Berulang kali saya tanya pada H betul ke orang tu buat macam tu? H firm dengan jawapannya, yes!

Tapi, waktu itu saya cuma nasihatkan mereka jangan benarkan sesiapa sentuh bahagian privasi. Saya masih berhusnudzon mungkin orang tu TERpegang tanpa sengaja, atau mungkin TERlanggar.

Saya yakin, ada ramaiiiii ibu-ibu pun berhusnudzon macam saya sebab kita fikir untuk pertama kali boleh jadi tak disengajakan.

Tapiiiiii.

Sehinggalah, apabila telah selesai makan, anak saya dan H pergi semula ke kitchen untuk mencuci tangan, tak sampai dalam 2 minit, saya nampak anak saya berlari ke arah saya dan dengan cemas berkata.

“Mama! Mama! Orang tu pegang penis saya pulak! Dan dia gelak!”. In a split second je kau boleh buat hal kotor macamtu kat budak-budak. Kau memang kurang ajar.

Ehhhhhhh. Ini bukan tak sengaja dah ni. Ini bukan terlanggar dah ni. Ini memang DISENGAJAKAN! Saya terus bangun dari bangku saya, menuju ke kitchen restoran. Saya suruh anak saya dan H tunjukkan wajah orang tu.

Kali ini saya takkan berdiam diri. Tadi dia buat kat anak kawan saya, sekarang anak saya pula. Dia memang mengejutkan ‘singa’ dalam diri saya.

Dah lah tuan suami saya dan suami kawan saya sedang bekerja. Saya tahu anak saya sedang mengharapkan saya untuk do something to that culprit.

Dan saya yakin, ada ramaiiiii ibu-ibu yang akan bertindak seperti saya demi membela anak kita. Terus saya ‘bahasakan’ orang itu sepuas hati saya. Saya suruh supervisor dia maklumkan pada manager dan saya kembali ke tempat duduk saya.

Ketika itulah saya fikir, “takkan itu saja cara saya membela anak saya? Macam mana dengan anak-anak orang lain selepas ini? Mungkinkah ada anak-anak yang dah kena sebelum anak saya dan anak kawan saya?”.

333325423_1344887862752463_2208430138152547073_n

Saya tak senang duduk selagi manager dia tak datang. Malangnya, manager dia berurusan melalui telefon saja.

Silap besar. Kawan saya terus beri cadangan cari polis bantuan di pusat beli belah tersebut. Saya terus tinggalkan meja makan dan cari polis untuk selesaikan.

Saya tabik hormat polis bantuan di pusat beli belah tersebut. Mereka bertindak sangat pantas dan tegas.

Dari situlah bermulanya perjalanan urusan kami bersama pihak polis.

Apa yang berlaku ini, betul-betul menjadi satu pengajaran buat saya. Dan saya harap ia jadi pengajaran buat semua ibu ayah.

1. Saya merayu pada ibu ayah di luar sana, stand for your children. Jika keadaan perlu bawa ke pihak atasan, please do so.

Saya faham karenah birokrasi yang terlalu renyah dan leceh ini, yang mengambil masa sangat panjang. The point is, do something walaupun perkara berlaku hanya sekelip mata.

2. Percaya dengan apa yang anak ceritakan. Jangan meragui mereka. Jika mereka bercerita pada kita, itu tandanya mereka percaya pada kita.

Biarlah orang lain sebut anak kita “kaki report”, atau “sikit-sikit nak mengadu”, yang penting kita tahu apa yang berlaku pada mereka. Untuk dunia yang makin tenat ini, biarlah anak kita mengadu semuanya pada kita.

3. Buatkan anak-anak kita berasa selamat dengan kita. Biar anak kita tahu yang kita akan lakukan apa saja untuk pertahankan diri mereka, untuk keselamatan diri mereka.

4. Gunakan panggilan sebenar untuk alat sulit anak-anak. Jangan beri nama panggilan pada alat sulit mereka. Biasakan mereka untuk menyebut alat sulit mereka seperti zakar, faraj, penis, vagina, testis, atau labia.

Explain their private part. Ajarkan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat. Hal ini sangat penting dalam keadaan memerlukan.

Saya yakin ada hikmah dari Allah atas apa yang berlaku. Tidak ada sesuatu itu berlaku dengan sia-sia. Allah izin ini berlaku, bermakna Allah mahu kita semua belajar sesuatu dari kejadian ini.

Saya mohon kesudian tuan puan semua mendoakan urusan kami dua keluarga ini dipermudahkan. Doakan kekuatan buat kami dan anak-anak kami. Kami perlukan doa dari kalian semua.