“Mana ada isteri bahagia suami kahwin lain” – Pak Samad
Sebelum ini, industri hiburan digemparkan dengan berita mengenai perkahwinan pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan Ira Kazar di Thailand.
Bukan itu sahaja, bapa kepada Ira iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi turut dilihat membantu anak perempuannya bernikah dengan pengarah itu.
Susulan itu, tular semula potongan video dari drama bersiri lakonan Kazar sebagai watak Pak Samad di dalam 7 Hari Mencintaiku yang disiarkan di TV3.
Menerusi video berdurasi 9 saat itu, Pak Samad menasihati watak Adam lakonkan oleh Sean Lee mengenai hubungan rumah tangga.
Mana ada isteri yang bahagia bila suami kahwin lain.
Bukan itu sahaja, Adam turut mempersoalkan mengapa seseorang isteri itu perlu berkorban demi suaminya.
Untuk dapatkan syurga buat diri dia. Dia lebih kenal suaminya dan nak harungi susah senang bersama.
Susulan itu, video yang dimuat naik menerusi akaun Drama Sangat itu telah mendapat perhatian orang ramai dan meraih 21.7K tanda suka, dan 896 komen di laman Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menganggap skrip dan kata-kata Pak Samad itu seolah-olah ‘makan diri’ memandangkan Kazar sendiri membenarkan anaknya untuk menjadi isteri kedua.