Mansuh ujian teori lesen PSV dan GDL, langkah terbaru yang dibuat Kementerian Pengangkutan dapat pujian ramai

Mansuh ujian teori lesen PSV dan GDL, langkah terbaru yang dibuat Kementerian Pengangkutan dapat pujian ramai

Kementerian Pengangkutan memansuhkan ujian teori untuk semua lesen vokasional.

Menterinya, Anthony Loke berkata, calon yang ingin mengambil Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) hanya perlu menduduki kelas teori sahaja.

“Penetapan dasar baru ini bagi menambah baik prosedur lesen vokasional,” katanya pada sidang media.

Walaubagaimanapun, calon bagi kategori Lesen PSV khas untuk bas dan GDL bagi lori bersendi masih diwajibkan melalui latihan dan lulus ujian amali sebelum mendapatkan lesen vokasional.

Dalam masa yang sama katanya, kelas teori bagi semua kategori lesen vokasional akan dilaksanakan secara dalam talian.

Menurut Anthony, modul pengajaran kelas teori pengambilan lesen berkenaan perlu mengikuti apa yang ditetapkan JPJ.

“Sama ada menerusi platform disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Memandu (IM) atau syarikat perniagaan perantaraan yang berkelayakan.

“Tempoh masa kelas teori masih kekalkan. Pihak JPJ akan menetapkan syarat-syarat dan peraturan berkaitan kelayakan penyediaan platform atas talian dan mengawal selia kelas teori bagi memastikan kesahihan dan intergriti calon,” jelas beliau, memetik MalaysiaGazette.

Sementara itu, Anthony berkata, had usia teksi di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak masih mengikuti ketetapan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) negeri masing-masing.

“Di Sabah, bagi e-Hailing had usia kenderaan lama adalah 10 tahun dan kini diubah kepada 15 tahun. Manakala teksi lapangan terbang ditetapkan pada 15 tahun.

“Teksi bandar adalah kekal pada had 20 tahun, manakala teksi bandar luar bandar kekal 30 tahun.

“Sarawak pula kenderaan e-Hailing 15 tahun mengikut tempoh had baru dan teksi kekal 18 tahun,” ujarnya.

Terdahulu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengumumkanp pelanjutan had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing sehingga 15 tahun.-MalaysiaGazette
: