“Mantapkan dulu kau punya nyanyian dik, baru layak tegur juri” giliran Nabila Razali diserang gara-gara ‘sound’ Mas Idayu kendalikan program
Pernah dikecam serta sering dikritik kerana vokal yang dikatakan kurang mantap, Nabila Razali tampil menegur juri dalam sesebuah program agar lebih sensitif dalam memberikan komen dan tidak perlu sehingga mengguris hati para peserta.
Memetik BH Online, Nabila berkata kritikan dalam bentuk menghentam perlu dihentikan sesuai dengan peredaran zaman dan adalah lebih baik jika memberi kritikan yang berilmu.
“Sudah 2023, rasanya tidak perlulah hendak komen yang boleh mengguris hati peserta. Kita tidak boleh hendak samakan zaman dahulu dengan sekarang.
Dalam pada masa yang sama, dia turut menitipkan nasihat kepada anak seni supaya bersiap sedia dari segi ketahanan mental.
“Apabila sertai bidang seni, bukan sahaja orang yang kita tidak kenal kecam, malah, mereka yang kita kenal. Perkara itu, bagi saya, sangat menyakitkan.
“Bukanlah hendak kata sudah lali, tetapi, sejak dahulu lagi, iaitu ketika menyertai program realiti Akademi fantasia (AF), saya sudah berdepan situasi ini,” katanya
“Berdasarkan pemerhatian, ada beberapa juri yang sambil nilai, mereka mengajar seperti Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang,” – Nabila Razali
“Tidak dinafikan ada artis generasi Y dan Z yang manja. Tetapi kita kena faham, tidak semua membesar dalam suasana sama.
“Mungkin ada yang tidak pernah kena marah dengan keluarga sebelum ini. Jadi, apabila kena marah dan disaksikan jutaan penonton, sudah tentu beri kesan kepada jiwa mereka.
Sementara itu, pengguna media sosial turut meninggalkan komen berbaur sindiran terhadap kenyataan berani Nabila Razali itu.