Maryam Durian Kimchi nyanyi lagu Marsha Milan, buat ramai tergamam & puji macam profesional
Siapa yang tidak mengenali dengan selebriti media sosial, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering mencuri perhatian peminat kerana selalu berkongsi videonya bersama suami dan anak di media sosial.
Nama Maryam dikenali ramai kerana telatahnya yang mencuit hati serta menghiburkan ramai orang. Maryam kini menetap terus di Malaysia selepas suaminya Ryzal memutuskan untuk menetap di sini, namun masih lagi mengajar anaknya dwi bahasa iaitu Hangul dan Bahasa Malaysia
Meremang Dengar Maryam Menyanyi!
Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial tiktok milik @duriankimchi_fc yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta, 158 ribu tanda suka dan komen sebanyak 3 ribu.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Maryam berada disuatu bilik nyanyian dan menyanyikan lagu cinta dari Marsha Milan. Apa yang menarik perhatian netizen adalah bahawa ketika Maryam Menyanyi pelatnya hilang tambah pula suaranya yang merdu itu.
@duriankimchi_fc okay tak?#maryam #maryamduriankimchi #duriankimchi #repost #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #foryou #foryourpage #foru
Rata-rata peminatnya teruja mendengar suara Maryam mendendangkan lagu tersebut. Mereka juga terkejut kerana tidak sangka bahawa Maryam dapat menyanyikan lagu tersebut dengan begitu baik.
“Macam Mark Adam, bila nyanyi aku rasa blur, terus betul ke ni dia sebab dia bercakap belum fasih semua ada sangkut, tapi nyanyi auto hilang sangkut”
“Fasih terus sebutan dia, sedap suara Maryam, Tinggi juga tu”
“Maryam with new identity plus good vocal, meletupss”-kata mereka
Apa-apa pun, tidak hairanlah sekiranya selepas ini Maryam akan menyertai pertandingan nyanyian di Malaysia dalam kalangan selebriti seperti The Mask Singer Malaysia dan lain-lain.