Maryam tolak tawaran buka tudung untuk jadi model

Maryam tolak tawaran buka tudung untuk jadi model

 

Masih ada sesetengah jenama yang sanggup meminta model muslimah mereka untuk membuka tudung semasa sesi penggambaran.

Pempengaruh media sosial, Maryam You Narae terpaksa menolak tawaran untuk menjadi model selepas diminta membuka tudung.

Maryam yang berasal dari Korea Selatan itu memuat naik hantaran di media sosial dan berkongsi mengenai hal tersebut.

“Saya rasa macam tak percaya brand (jenama) ni minta saya buat macam tu walaupun jenama terkenal di Malaysia.

“You (anda) suruh saya buka tudung sebab jenama you besar? You nak bagi RM100,000 ke RM1 juta ke, masih tak ada sebab saya kena buka tudung.

Sekarang 2023 pun masih terjadi situasi begini? Sampai sekarang saya tak percaya benda ini berlaku kepada saya,” ujarnya.

Pada masa sama Maryam bersyukur kerana Allah menguatkan hatinya malah menolak untuk membuat sedemikian hanya kerana duit.

“Tapi Alhamdulillah Allah kuatkan hati. Saya rasa tak selesa kalau buat macam tu sebab duit. Kalau tak dapat pun tak ada rasa rugi walaupun sebesar kuman.

“Maryam doakan semoga tiada mualaf lalui situasi seperti ini,” tambahnya.