Mas Idayu didakwa merajuk, enggan beri komen persembahan peserta Family Duo

Mas Idayu didakwa merajuk, enggan beri komen persembahan peserta Family Duo

Penyanyi dangdut yang juga juri program Famili Duo, Mas Idayu malam ini, bertindak untuk berdiam diri tanpa memberi sebarang komen ke atas tujuh pasangan peserta bagi persembahan minggu ketujuh.

Perkara itu dimaklumkan rakan juri yang juga penyanyi serta komposer, Ajai atau nama sebenarnya Mohd. Faizal Maas selepas selesai persembahan pertama daripada Siti Sisters.

“Saya menghormati keputusan beliau (Mas Idayu) untuk tidak memberi sebarang komen kepada peserta malam ini.

“Beliau takut komennya nanti akan disalah tafsir oleh orang lain,” katanya, memetik Kosmo! Online.

Terdahulu, program Famili Duo menjadi bualan apabila salah satu pasangan peserta, Sissy Imann menangis dan tidak muncul di pentas ketika babak akhir program Famili Duo bagi minggu keenam selepas menerima komen tegas daripada Mas Idayu.