Masalah air Selangor bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat sepenuhnya

Masalah air Selangor bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat sepenuhnya

Masalah air yang beralaku di negeri Selangor merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat seratus peratus bukan Kerajaan Negeri Selangor.

Kenyataan itu disampaikan oleh Prof Madya Dr Haliza Abd Rahman, Pakar Governans Persekitaran Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dari dudut perundangan katanya, pembahagian kuasa dalam melindungi bekalan air awam terletak kepada Kerajaan Pusat melalui Akta Industri Air 2006 yang memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Peranan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar juga bertanggungjawab dalam melindungi sungai dan sumber air awam”jelasnya dalam program Wacana SInar Harian.

Katanya lagi, masalah yang berlaku berkait gangguan bekalan air akibat pencemaran ini adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat sepenuhnya bukan Kerajaan Negeri.

Selangor menjadi negeri yang kerap mengalami masalah gangguan bekaln air yang berpunca daripada aktiviti pencemaran dan menjadi rungutan rakyat di negeri ini lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. – nm