Masih sayangkan rumah tangga, Adibah madu Miera Liyana enggan bercerai

Masih sayangkan rumah tangga, Adibah madu Miera Liyana enggan bercerai

Biarpun rumah tangga alami masalah sejak dua tahun yang lalu, madu kepada pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib tetap mahu pertahankan rumah tangganya itu bersama suami, Rosland Othman.

Menurut Adibah, dia tidak mempunyai hasrat untuk bercerai dengan suami dan mengakui masih sayang terhadap rumah tangga yang sudah dibina selama 28 tahun biarpun Rosland mengahwini wanita lain pada Julai 2020.

“Sebagai seorang isteri, sudah tentu saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami.

miera liyana

“Sememangnya, saya tak pernah terfikir untuk bercerai. Saya cuma mahu suami lebih bertanggungjawab dan adil dalam soal pemberian nafkah. Adibah lagi, ketika ini dirinya susah untuk berkomunikasi dengan suami kerana nombor masih disekat sejak 21 September tahun lalu dan disebabkan itu, Rosland hanya berhubung dan memberi nafkah melalui anak.

Dalam pada itu, wanita terbabit turut menyeru Rosland untuk pulang ke rumah dan membincangkan hal yang berlaku secara baik serta capai kata sepakat bersama.