Masing-masing tak nak kalah, Anju dan bekas tunang lawan londeh aib

Masing-masing tak nak kalah, Anju dan bekas tunang lawan londeh aib

 

Ingatkan hampir menemui penyelesaian, namun sangkaan itu meleset apabila episod pertelingkahan Zarina Anjoulie dengan bekas tunang, Datuk Seri Khazrul Elzey masih berpanjangan nampak gayanya.

Khazrul menerusi TikTok mendakwa Zarina yang mesra disapa Anju merupakan seorang yang toksik.

Lebih mengejutkan, dia mendedahkan bahawa Anju pernah memukul kepala adiknya dengan telefon bimbit selain memarahi anaknya dengan panggilan kurang baik.

“Tak payah acah suci, walhal diri itu penuh kekotoran. Mak dia sendiri dah banyak kali halau dia keluar dari rumah sebab biadab dan chemical woman.

“Kalau anak sendiri dimaki hamun dengan perkataan bab* dan si*l, manalah anak tu nak rapat dengan ibu,” tulisnya.

Malah, dakwanya anak Zarina tidur dengan neneknya setiap malam kerana ibu sendiri toksik.

“Banyak lagi kalau nak cerita. Kita buka sikit dulu, nak sangat kan,” ujarnya.

Dalam hantaran lain, Khazrul menjelaskan bahawa dia tidak kisah sekiranya pagar rumah dibina, dirobohkan.

“Dah pokai ke tak ada duit nak sambung? Tak ada duit nak bayar kereta sewa ke? Rasakan bila orang buka aib you macam mana,” tambahnya.

Sementara itu, Anju menerusi Instastory ada berkongsi tangkap layar perbualan dengan wanita didakwa menjadi mangsa Abot yang disifatkannya seorang penunggang agama.

Malah, lelaki berkenaan disifatkan seorang yang baran dan pernah memukul wanita selain menggunakan kuasa wang untuk terhadap wanita.

Apalah kesudahan konflik antara mereka? Mungkinkah pendedahan lebih panas bakal disajikan kepada orang ramai?