Masjid di Palestin hasil sumbangan rakyat Malaysia musnah dibedil Israel

Masjid di Palestin hasil sumbangan rakyat Malaysia musnah dibedil Israel

Rasanya ramai di antara kita sudah sedia maklum akan situasi tegang yang melanda Palestin dan Israel sejak hujung minggu lepas lagi.

Terbaru, Masjid Muhammad Al-Amin yang terletak di Gaza, Palestin yang dibina badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care Malaysia (MCM) dilaporkan telah musnah akibat serangan bom tentera Israel.

F77Wn Bayaa15 9

Menurut posting Facebook MCM, pihaknya telah membina masjid itu pada penghujung 2013 untuk kegunaan rakyat Palestin, namun ia kini telah musnah sepenuhnya dan tidak boleh digunakan lagi.

Retak hati berkeping-keping melihat masjid tersergam indah hasil dana rakyat Malaysia pecah berderai kesan serang bom oleh Zionis Israel. 

“Penghujung 2013, kami mencipta sejarah apabila berjaya membina sebuah masjid luas dan cantik, malangnya semua hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia, hari ini, 7 Oktober 2023, Masjid Muhammad Al-Amin musnah keseluruhannya.” 

384106374 704271891726996 6457878607207655540 N

384244016 704272165060302 7124109623924848079 N

Pada Sabtu lalu, Hamas telah melancarkan Operasi al-Aqsa disertai rakyat Palestin sebagai mesej mempertahankan diri dan kedaulatan tanah air selain membalas penindasan serta keganasan yang dilakukan rejim Zionis sejak satu abad lalu.

Pegawai Perhubungan Antarabangsa Hamas, Khaled Qadoumi berkata, rakyat negara itu kini berdepan penindasan oleh pentadbiran Israel sayap kanan (ekstrem) yang dipercayai melanggar pelbagai undang-undang antarabangsa, lapor Astro AWANI.

Bagaimanapun, MCM dalam kenyataannya berkata, perkara itu tidak akan memudarkan semangat dan jihad orang Islam.

Sebagaimana kuatnya jiwa pejuang saudara kita di Palestin, begitu jugalah teguhnya hati-hati kita semua akan terus bersatu.

“Lebih banyak bantuan dan dana akan disalurkan sebagai tanda sokongan kepada saudara kita di Palestin,” kata MCM lagi.

Kita doakan yang terbaik buat mereka.