Masuk Penang ambik semua line, geng konvoi kereta mewah dari Singapura disaman lepas halang laluan

Dua hari lalu, TikToker PanglimaPerang memuat naik video yang menunjukkan sekumpulan ahli kelab permotoran kereta mewah berkonvoi dalam sekala besar sehingga menghalang laluan pengguna lain, mengundang kemarahan netizen.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau Jambatan Kedua. Kesemua kenderaan itu dilihat sengaja memandu secara. Malah, ahli kelab berkenaan turut menyalakan lampu isyarat kecemasan tanpa sebab yang munasabah.
“Ha masuk Penang, ambil semua line. Ini kereta Singapore ni. Tiga lalu depa penuh! Geng menyusahkan orang! Konvoi, konvoi lah, tapi bagilah laluan pada pengguna jalan raya yang lain. Menyusahkan orang betullah,” kata perakam.
@akaunhambaallah kelab kereta sekat abis jalan habuan#fypシ
Susulan penularan video itu, polis telah menjalankan siasatan dan mendapati kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu kira-kira jam 12.30 tengah hari dari Kilometer 3.8 dari arah Batu Kawan sehingga Kilometer 9.0 arah ke Batu Maung.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Deputi Superintendan Mohd. Norazmi Abd. Ghapar turut mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan kertas siasatan telah dibuka.
Jam 12.10 tengah hari kelmarin, kesemua pemandu kenderaan mewah itu dilaporkan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS untuk memberi keterangan.
Ekoran itu, polis telah mengeluarkan saman terhadap semua pemandu terbabit atas kesalahan melakukan halangan lalu lintas terhada pengguna lain.