Masukkan ‘dumbbell’ 2kg dalam dubur sendiri, lelaki umur 54 tahun terpaksa dibedah

Masukkan ‘dumbbell’ 2kg dalam dubur sendiri, lelaki umur 54 tahun terpaksa dibedah

 

SEORANG lelaki Brazil terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas dia memasukkan dumbbell ke dalam dubur untuk keseronokan seksual.

Akibatnya, dumbbell itu tersekat sehingga menyukarkan dia untuk bergerak.

Kes yang diterbitkan dalam International Journal of Surgery Case Reports itu dialami oleh seorang pesakit berusia 54 tahun yang dikejarkan ke hospital selepas dia gagal mengeluarkan dumbbell seberat 2 kilogram (kg) itu.

Malah, dumbbell itu telah tersangkut di dalam duburnya selama dua hari.

“Dia mengalami pelbagai simptom berikutan amalan seks itu, termasuk kekejangan, sakit perut, loya, muntah dalam kuantiti yang kecil, malah sembelit,” kata laporan tersebut.

Selepas pemeriksaan awal gagal mendedahkan apa-apa, doktor memutuskan untuk membuat imbasan x-ray pada kawasan tersebut.

Mereka menjumpai dumbbell sepanjang 20 sentimeter (cm) terletak di persimpangan kolon dan rektum lelaki itu.

Pakar bedah mengalami kesukaran untuk mengeluarkan alatan itu dan terpaksa melakukan kaedah manual, yang mana pakar bedah mengeluarkan objek itu dengan tangan mereka.

Pesakit itu dibenarkan keluar selepas tiga hari dirawat dan tidak mengalami komplikasi.

Sebagai peringatan, perbuatan ini diharamkan haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.