Mat Kilau janji bantu kempen UMNO menjelang PRU-15

Mat Kilau janji bantu kempen UMNO menjelang PRU-15

Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi hari ini berkongsi berita gembira kepada ahli UMNO selepas mengumumkan kesediaan hero Mat Kilau, Dato’ Adi Putra untuk menyertai kempen BN menjelang PRU-15 akan datang.

Perkara itu diumumkannya melalui satu hantaran menerusi FB miliknya selepas dikunjungi pelakon kelahiran Kota Temasek itu di pejabatnya hari ini.

Menerima kunjungan Hero Mat Kilau pelakon tersohor yang juga merupakan sahabat saya Dato’ Adi Putra. Banyak perkara dibincangkan termasuk cabaran mempelbagaikan pendekatan mencanai nilai patriotisme dikalangan anak-anak muda masa kini. Hikmah meletopnya filem Mat Kilau banyak membuka mata anak-anak muda untuk menelaah sejarah tanahair dengan penuh penghayatan.

Adi Putra juga telah diangkat menjadi ikon Pemuda BN Selangor. Beliau tak dapat bersama dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN baru-baru ni kerana berada di Tanah Suci. InsyaAllah beliau bersedia lapangkan masa untuk bantu jentera Pemuda BN di negeri-negeri menjelang PRU-15 nanti.

#BangkitKembali
#PemudaTerasKebangkitan
#PemudaNadiKebangkitan
#PemudaBN

Sebelum ini netizen bertindak menularkan gambar-gambar lama Adi Putra ketika aktif berkempen membantu jentera BN bersama banduan terkenal, Najib Razak semasa PRU-14 dahulu.

Ini selepas tindakannya bergambar dengan Najib ketika meraikan kehadiran bekas PM-6 menonton filem Mat Kilau.

Gambarnya bersama Najib juga turut diedit oleh seorang aktivis politik, Fahmi Reza sehingga mengundang teguran terhadap artis grafik tersebut agar berpolitik secara matang.