‘Mat Kilau’ luah kesal dikhianati bangsanya sendiri selepas kutip untung besar RM90j

‘Mat Kilau’ luah kesal dikhianati bangsanya sendiri selepas kutip untung besar RM90j

Pelakon Datuk Adi Putra membuat kejutan apabila mengatakan tidak akan hadir pada tayangan gala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Jakarta, Indonesia, lapor Kosmo hari ini.

Dengan nada seakan kecewa, Adi Putra menyatakan dia kesal dengan pihak Kembara Studio Sdn. Bhd. yang dikatakan susah untuk dihubungi.

Dengan nada sinis beliau berseloroh mahu menghadiahkan telefon bimbit kepada Kembara Studio agar mudah untuknya berkomunikasi dan berurusan.

“Akan kerana ini, saya manfaatkan di media sosial agar mesej saya sampai ke pihak Kembara Studio.

“InsyaAllah saya tidak akan hadir tayangan gala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Jakarta. Terima kasih,” katanya dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya malam ini.

Bagaimanapun menurut Adi Putra, hantaran itu bersifat sementara.

Dalam satu komen, pihak yang dipercayai wakil Kembara Studio menyatakan mereka mengambil maklum mengenai teguran tersebut dan akan memanjangkan perkara itu kepada pihak pengurusan.

Rata-rata pengikut Instagramnya pula cemas apabila melihat Mat Kilau sudah ‘marah’ dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun Adi Putra tidak menyatakan sebab sebenar hantaran itu dibuat. –