Maut tersepit mesin pemampat kertas

Maut tersepit mesin pemampat kertas

 

Seorang pekerja warga Bangladesh maut selepas tersepit di mesin pemampat kertas di sebuah kilang bahan kitar semula di Klang, pada Rabu.

Maut tersepit mesin pemampat kertas

meninggal dunia

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Mukhlis Mukhtar, seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung insiden terbabit.

Menurut sumber, mangsa dipercayai tersepit di mesin berkenaan ketika melakukan kerja memampatkan bahan kitar semula.

Mangsa, 19, yang mengalami kecdereaan parah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.