Mawar Karim syukur hidup sekarang lebih tenang, duit tak habis lesap berbanding dulu

Mawar Karim syukur hidup sekarang lebih tenang, duit tak habis lesap berbanding dulu

 

Baru-baru ini, usahawan Mawar Karim telah mengejutkan ramai apabila dia seolah-olah memberi bayangan dengan memaklumkan dia banyak menanggung kehidupan keluarga ketika bergelar isteri pada suatu ketika dahulu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mawar di IG storynya, meskipun dia tidak menyebut nama mana-mana pihak mengenai perkongsiannya itu, dia mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia berbanding dahulu.

“Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap. Kalau berbanding dulu faham-faham sendirilah. Takkan nak cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu.
“Yang penting kita tak kena tipu atau dipergunakan selama ini pun sudah Allhamdulillah,” katanya.

Usahawan yang berusia 34 tahun itu membuat pendedahan terbabit selepas dia menjawab komen ‘pedas’ seorang individu yang memberitahu dirinya sudah tidak cantik seperti dahulu.

Bukan itu sahaja, Mawar juga turut membidas pendapat individu tersebut yang berani menggunakan akaun media sosial palsu untuk membuat serangan mental terhadap dirinya.

“Awak punya komen pun ‘sedih’ pakai fake account. Pakai je real account sebab kita boleh check la sekarang ini. Masalahnya awak tahu ke saya tak bahagia?
“Rasa dah lama tak bagi motivasi. Kita mula Februari dengan Bismillah… Apa pun nasihat saya jangan kesiankan orang, kesian diri sendiri kalau nak happy,” jelasnya lagi.

Sekadar info, Mawar dan Fizo pernah membina mahligai pada November 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam, 6.

Bagaimanapun, mereka telah membuat keputusan untuk bercerai pada 10 Julai 2019 dan kemudiannya Fizo telah berkahwin dengan bekas pramugari bernama Fazeera pada Oktober 2021.