Mawar Karim terkejut Fizo Omar terasa komen di IG, tegaskan diri masih single

Mawar Karim terkejut Fizo Omar terasa komen di IG, tegaskan diri masih single

 

Bekas isteri pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim akui terkejut apabila aktor itu terasa hati dengan balasan komen netizen di media sosial, baru-baru ini.

Pemilik nama Mawar Abdul Karim berkata, kenyataan tersebut bersifat umum dan bukanlah ditujukan kepada Fizo Omar atau sesiapa sahaja.

“Saya hanya jawab satu jawab satu fake akaun yang menyerang saya di media sosial. Dia masuk ‘rumah’ saya, jadi saya jawablah. Saya balas secara umum tanpa menunjukkan kenyataan itu  kepada sesiapa.
“Namun, agak terkejut apabila ada pihak yang terasa,”ujarnya.

Mawar berkata, dia bukanlah sengaja mahu ‘meletup’ tak tentu pasal di media sosial memandangkan dia ada berkawan dengan beberapa orang selepas bercerai dengan Fizo Omar.

“..sebab lepas cerai, saya ada berkawan dengan beberapa orang, agak pelik sebab dia terasa,”ujar Mawar.

Saya masih single..

Dalam pada itu, usahawan berusia 34 tahun menegaskan dia masih ‘single’ dan belum berkahwin dengan sesiapa selepas bercerai dengan Fizo Omar seperti didakwa oleh segelintir pihak.

“Status saya masih single dan sedang mengenali seseorang… kalau nak kahwin, saya akan cakap. Benda baik saya akan ceritakan.
“Cumanya, kisah peribadi memang saya kurang berkongsi di media sosial sebab saya bukan artis. Saya lebih banyak bercerita fasal perniagaan,”jelas Mawar.

Sekadar info, Mawar dan Fizo pernah membina mahligai pada November 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam, 6.

Bagaimanapun, mereka telah membuat keputusan untuk bercerai pada 10 Julai 2019 dan kemudiannya Fizo telah berkahwin dengan bekas pramugari bernama Fazeera pada Oktober 2021.