Mawar Rashid & Raf Yaakob timang anak ketiga, beri nama Raden Seri Riyanna Sayang
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid selamat melahirkan cahaya mata ketiga dipercayai di sebuah pusat perubatan di Selangor awal pagi tadi.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya sebentar tadi.
Selamat bersalin!
Mawar berkata, dia bersyukur proses melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Raden Seri Riyanna Sayang secara normal itu dipermudahkan Allah SWT.
“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Mawar bersalin secara normal, sama seperti dua anak saya sebelum ini, Rafael & Cinta. Terima kasih semua atas doa-doanya.
“Ucapkan hai kepada, Raden Seri Riyanna Sayang,” tulis pelakon berusia 28 tahun itu.
Dalam ruangan komen, rakan artis dan pengikut meninggalkan ucapan tahniah selain mendoakan pelakon drama TQ Captain itu serta bayinya sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Alhamdulillah tahniah!
Semoga kedua-duanya sihat
Untuk rekod, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf Yaakob yang juga adik kepada cef selebriti Datuk Fazley Yaakob pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua tahun.
Mawar turut memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf terdahulu.