“May Allah ease everything” cetus tanda tanya, video Nad Zainal & Ungku Ismail tular di TikTok

“May Allah ease everything” cetus tanda tanya, video Nad Zainal & Ungku Ismail tular di TikTok

 

Kerap kelihatan bersama, status hubungan terkini pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz mula mencetus tanda tanya dalam kalangan warganet.

Tular rakaman video menerusi platform TikTok yang memaparkan Nad dan Ungku sibuk berbincang bersama pengasas produk kecantikan, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, perkongsian yang dimuat naik oleh pengasas terbabit menimbulkan spekulasi netizen mengenai hubungan Nad dan Ungku.

“May Allah easy (ease) everything 🌹#zeeta #zeetabeinspired #ungkuismailaziz #nadzainal,” tulisnya.

@zaitizeeta

May Allah easy everything 🌹#zeeta #zeetabeinspired #ungkuismailaziz #nadzainal

♬ original sound – JunKB94 – JunKB94

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai respons netizen.