Mayat dikerat 6 ditemui dalam bagasi tepi lebuhraya

Mayat dikerat 6 ditemui dalam bagasi tepi lebuhraya

 

Satu bagasi berisi mayat yang telah dipotong kepada enam bahagian ditemui di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan Plus berhampiran susur Rawang Selatan arah utara, hari ini.

Mayat dikerat enam tepi lebuh raya

Memetik laporan Harian Metro, bahagian mayat mangsa dipercayai berada di atas rumput berdekatan beg pakaian berkenaan. Sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung penemuan mayat berkenaan.

Menurut pihak polis, tiada sebarang pengenalan diri ditemui dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti. Namun hasil siasatan awal mendapati, polis mengesyaki mangsa merupakan seorang lelaki warga asing.