MB Pahang hilang ketika Janda Baik dilanda banjir besar

MB Pahang hilang ketika Janda Baik dilanda banjir besar

Satu laporan diterima mengenai kejadian banjir di Janda Baik pagi tadi.

Menurut Ketua Kampung berkenaan, banjir ini didapati lebih teruk dari sebelumnya kerana sebelum ini Kg Sum- Sum tidak dinaiki air namun kali ini air sudah menenggelami beberapa kawasan tertentu.

Malah menurut laporan ada beberapa tempat yang masih tidak dapat dimasuki seperti Kg Sum-Sum dan Janda Baik.

Menurut Ketua Kampungnya lagi, sebelum ini hanya 116 rumah yang terkesan namun pada kali ini dianggarkan lebih 140-150 rumah yang terlibat.

Penduduk kampung yang terlibat dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi setiap arahan dari pihak berkuasa serta mengikuti perkembangan laporan kaji cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

Sehubungan dengan itu beberapa laluan juga terputus hubungan. Hanya laluan hadapan balai bukit tinggi masih boleh dilalui ke jalan SumSum hilir manakala jalan lama dari Genting Sempah ditutup kepada lalu lintas.

 

.

 

.