MCA berjaya jinakkan Pas

MCA berjaya jinakkan Pas

Isu Pas memberi laluan untuk tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Negeri Sabah membuka lebih banyak persoalan di kalangan pemerhati.

Semalam, Ketua Muslimat Pas Sabah, Norsah Bongsu mendedahkan bahawa Pas Sabah begitu kecewa dengan keputusan tersebut terutamanya melepaskan DUN Karamunting yang dikatakan antara DUN pilihan untuk Pas mengemukakan calon.

Setelah tamat tempoh penamaan calon semalam, dakwaan Norsah atau lebih dikenali sebagai Kak Cah ternyata berasas apabila dua parti sekutunya menghantar calon mengakibatkan strategi menghantar satu calon dari gabungan mereka gagal.

Menurut blogger Ipohmali, tindakan Pas sangat tidak disangka-sangka apabila menyerahkan kerusi tersebut kepada MCA sedangkan kerusi itu mempunyai lebih 50% pengundi Bumiputera beragama Islam.

“Baru tahu.. Rupanya satu satunya Kerusi tradisi yang PAS kata kuat, ada jentera di Karamunting pun diserahkan kepada MCA dan PBS… Itu kalau pemimpin PAS sendiri tak merungut.. kita pun tak tahu…” tulisnya.

Dalam pada itu, seorang pimpinan Pemuda PAS, Nazrul Nazir dipetik dalam hantaran facebooknya mengeluh dengan keadaan yang berlaku dan mendakwa Pas juga mempunyai ahli dan pengundi di Sabah.

“Memang parti kami kecil di Sabah. Parti kami tak sehebat parti kamu yang dah berada lama dalam kerajaan Sabah (walaupun dengan parti yang berbeza). Tapi nak bagitahu kami juga ada ahli yang juga pengundi di Sabah” katanya.

Katiadaan Pas dalam PRN Sabah menurut pemerhati satu tindakan kompromi yang boleh memakan diri dan berkemungkinan membawa kepada protes senyap di kalangan penyokongnya di Sabah apatah lagi kerusi tradisi mereka diserahkan kepada MCA dan PBS yang bolh menjadi senjata serangan parti lawan kepada Pas.

negaramerdeka.com