McDonald’s Malaysia keluar kenyataan maaf terhadap staf OKU gara-gara sikap biadap pengurusnya

McDonald’s Malaysia keluar kenyataan maaf terhadap staf OKU gara-gara sikap biadap pengurusnya

McDonald’ Malaysia hari ini mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf berpunca daripada sikap biadap salah seorang pengurus cawangannya terhadap kakitangannya berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU).

Insiden yang berlaku di cawangan Mcdonald’s Forest Height, Senawang itu diceritakan oleh salah seorang ahli keluarga OKU tersebut menerusi satu hantaran FB Rabu lepas.

Pemilik akaun FB bernama Muhammad Hanis, abang kepada OKU tersebut menulis kronologi kejadian yang menimpa adiknya pada hari kejadian tersebut.

Kejadian tersebut kemudiannya menjadi tular sehingga memaksa McDonald’s Malaysia bertindak segera mengeluarkan permohonan maaf terhadap kakitangan OKU yang terlibat.

INSIDEN McDONALD’s Di FOREST HEIGHTS IN SENAWANG, SEREMBAN

Merujuk kepada insiden baru-baru ini di kedai McDonald’s di Seremban, kami telah menjalankan siasatan dalaman segera dan menyeluruh untuk menangani perkara itu.

Kami dapat mengesahkan bahawa kelakuan pengurus restoran tertentu didapati tidak boleh diterima dan melanggar dasar kami tentang kepelbagaian dan kebersamaan. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap individu tersebut.

Selain itu, McDonald’s Malaysia telah menghubungi keluarga krew yang terjejas untuk menyatakan permohonan maaf kami yang tulus atas kejadian itu dan untuk menyelesaikan isu ini. Krew tersebut merupakan kakitangan yang dihargai yang telah berkhidmat dengan McDonald’s selama empat tahun.

Sebagai sebuah syarikat yang berorientasikan rakyat, kami berusaha untuk menyediakan persekitaran kerja yang inklusif dan mempromosikan budaya yang membolehkan kakitangan kami berkembang dan membina hubungan harmoni sebagai ahli McFamily.

18 Februari 2022

McDonald’s Malaysia

<iframe src=”https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FMy.McDonalds%2Fposts%2F10166029060695023&show_text=true&width=500″ width=”500″ height=”710″ style=”border:none;overflow:hidden” scrolling=”no” frameborder=”0″ allowfullscreen=”true” allow=”autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share”></iframe>

Dalam oada itu, wargamaya mengharapkan agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan menjadi iktibar buat semua, samada majikan mahupun kakitangan dan anggota keluarga terlibat.