“Meet my Syria twin” – Dahlia Shazwan jumpa kembar seiras di Syria

“Meet my Syria twin” – Dahlia Shazwan jumpa kembar seiras di Syria

 

Tindakan personaliti TV dan selebriti media sosial, Dahlia Shazwan memuat naik sebuah hantaran baru-baru ini mencuri tumpuan ramai pengikutnya di laman Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, model iklan Trivago itu berkongsi foto dan video dirinya bersama seorang kanak-kanak perempuan Syria ketika melakukan misi kemanusiaan di sana.

Lebih menarik perhatian apabila Dahlia mengakui wajahnya dan kanak-kanak tersebut kelihatan seiras, tidak ubah seperti pasangan kembar.

“Assalamualaikum and salam Jumaat! Meet my Syrian twin,” tulis personaliti berusia 35 tahun itu seolah-olah teruja.

Sementara itu, dia turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan kanak-kanak terbabit selain berharap mereka dapat bertemu lagi pada misi akan datang.

“Please make doa may we get to see her grow up, continue her studies and contribute back to her people. Hoping to meet her again on my next visit, amin,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen meluahkan rasa kagum apabila melihat wajah kedua-duanya yang dilihat sangat mirip antara satu sama lain.

“Muka anak sendiri pun tak macam ni” – Dahlia

Kembar jauh terpisah masa dan lokasi

MasyaAllah! Sama sangat ni

Sehingga kini, perkongsian berkenaan telah menerima lebih 37,000 tanda suka serta 896 pelbagai komen dalam kalangan warganet.