Melawan ketika cuba dirogol, kanak-kanak tujuh tahun dibunuh bakal abang ipar & mayat disorok celah batu

Melawan ketika cuba dirogol, kanak-kanak tujuh tahun dibunuh bakal abang ipar & mayat disorok celah batu

 

Cuba menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan maut dipercayai dibunuh oleh bakal abang iparnya sendiri.

Dibunuh bakal abang ipar

Menurut sumber, mangsa yang berusia tujuh tahun itu dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak 28 Mac lalu dan sejak daripada itu, keluarga mula mengesan mangsa namun tidak berhasil.

Namun tidak lama kemudian, mayat mangsa ditemui oleh orang kampung di celah batuan di Pantai Malalayang, Manado, Indonesia.

Susulan daripada penemuan mayat tersebut, seorang pemuda berusia 20 tahun yang juga merupakan bakal abang ipar mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Penangkapan tersebut dibuat selepas orang kampung mendakwa melihat mangsa membonceng motosikal suspek menuju ke pantai sebelum mayatnya ditemui.

Difahamkan, suspek membawa mangsa ke pantai bertujuan untuk memperkosanya.

Rakaman CCTV bongkar segalanya

Pada awalnya, suspek menafikan perkara tersebut namun bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menguatkan dakwaan tersebut.

Suspek akhirnya  mengaku telah membunuh mangsa kerana berang hasratnya untuk melakukan hubungan seksual (memperkosa) ditolak mangsa.

Mangsa dikatakan melawan ketika suspek cuba membuka bajunya.

Disebabkan itu, suspek nekad membunuh mangsa dengan cara melemaskannya di pantai.

Suspek yang mula panik selepas mendapati mangsa tidak bernyawa bertindak menyembunyikan mayat di celah batuan.

Suspek kemudian melarikan diri namun akhirnya berjaya ditahan pihak polis.