Melenting ditegur main telefon sebelum hilang, Aliah Qistina ditemui di Perak ikut rakan lelaki

Melenting ditegur main telefon sebelum hilang, Aliah Qistina ditemui di Perak ikut rakan lelaki

 

Pada video bertarikh 22 Mac lepas, seorang ibu dengan akaun TikTok @cinta zara angelica telah memaklumkan tentang kehilangan anaknya, Aliah Qistina Budiyanto secara tiba-tiba dari rumah mereka di Jasin, Melaka.

Kejadian berlaku pada malam 17 Mac iaitu saat mereka sekeluarga sedang menonton televisyen dan terlelap.

Wujud dakwaan dilarikan lelaki asing

Sempat terhidu bau wangi sekali gus membuatkan ramai menyangka mereka telah dipukau, jejak Qistina yang gagal ditemui cukup meresahkan hati ibunya.

Entah tinggal di mana dan makan apa, harapannya cuma satu iaitu semoga Qistina balik walau apa juga masalahnya.

Antara dakwaan yang sempat timbul adalah gadis berusia 16 tahun ini dilarikan oleh lelaki warganegara Indonesia.

Berada di rumah rakan lelaki berusia 20-an…Jejaka Kedah itu hantar semula Qistina ke Melaka

Namun setelah 18 hari menghilang, akhirnya remaja itu dijumpai berada di rumah pangsapuri rakan lelakinya yang berlokasi di Kampar, Perak.

Pihak polis melaporkan tindakan itu dilakukannya atas kerelaan diri sendiri.

Syukurlah tiada kecederaan berlaku dan keadaan Qistina baik-baik sahaja.

Bila bangun tidur, terkejut pintu dapur terbuka luas…Pintu depan tak berkunci

Jelas ibunya pula, sebelum hilang dia sempat menegur Qistina kerana bermain telefon bimbit terlalu lama.

Meskioun sedikit tegang, katanya si anak telah memohon maaf tanpa dijangka akan lesap selepas itu.