Memalukan!!! Anggap China sebagai ‘abang besar’, tindakan terdesak Hishamuddin redakan ketegangan dengan Korea Utara

Memalukan!!! Anggap China sebagai ‘abang besar’, tindakan terdesak Hishamuddin redakan ketegangan dengan Korea Utara

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ungkapan ‘abang besar’ digunakannya pada sidang media bersama rakan sejawat dari China, Wang Yi, baru-baru ini, adalah sebagai tanda hormat.

Melalui ciapan dalam Twitter, hari ini, Hishammuddin berkata, ungkapan terbabit bukan merujuk kepada hubungan kukuh dua hala Malaysia-China, memandangkan hubungan itu adalah berdasarkan kepercayaan dan kesaksamaan bersama.

“Menghormati Wang Yi yang lebih tua dan Menteri Luar yang lebih senior, oleh itu ‘abang’ kepada saya secara peribadi. Menghormati tidak menandakan kelemahan.

“Yakinlah bahawa Malaysia kekal bebas, berprinsip serta pragmatik dari segi dasar luar negara berasaskan kepada nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan dan kesaksamaan.

“Kami akan terus memberikan sumbangan bermakna ke arah masyarakat negara yang adil dan saksama,” katanya.

Terdahulu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan tindakan Hishammuddin menggunakan ungkapan itu sebagai satu penghinaan terhadap pendirian negara yang mengamalkan dasar berkecuali.

Anwar dipetik berkata, penggunaan ungkapan sedemikian tidak sesuai dalam dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa. – Bernama