Memalukan!!! Nafi vaksin AZ tidak diterima, delegasi EU persoal penguasaan bahasa inggeris Khairy Jamaluddin

Memalukan!!! Nafi vaksin AZ tidak diterima, delegasi EU persoal penguasaan bahasa inggeris Khairy Jamaluddin

Individu yang telah menerima vaksin COVID-19 diluluskan Kesatuan Eropah (EU) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tujuan kecemasan dibenarkan masuk ke negara anggota EU.

Delegasi EU ke Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, berkata kelulusan vaksin itu termasuk bagi vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan oleh fasiliti-fasiliti yang belum diiktiraf di EU.

“Tiada halangan atau sekatan. Justeru, laporan baru-baru ini berhubung asal usul keluaran vaksin AstraZeneca tidak tepat.

“Kemasukan ke EU secara prinsipal dibenarkan bagi individu yang telah melengkapkan vaksinasi dengan vaksin yang diluluskan EU, termasuk vaksin yang dikeluarkan di fasiliti-fasiliti bukan bawah kebenaran pemasaran EU,” kata kenyataan itu.

Delegasi EU ke Malaysia itu mengulas mengenai isu pengiktirafan vaksin melalui Sijil Digital COVID-19 selepas media antarabangsa melaporkan vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan beberapa negara seperti India dan Korea Selatan belum diiktiraf melalui sijil itu.

Menurut kenyataan itu lagi, sijil digital itu hanya sebagai alat untuk membantu proses perjalanan di negara-negara EU dan bukannya sebagai prasyarat wajib kemasukan.

“Sijil itu bukan prasyarat atau dokumen wajib untuk berkunjung ke EU, namun hanya sebagai alat praktikal,” katanya.

Selain sijil tersebut, negara anggota EU juga boleh membenarkan kemasukan pengunjung dengan dokumen lain bagi membuktikan vaksinasi mereka.

“Negara anggota boleh menerima dokumentasi yang dikeluarkan negara-negara dunia ketiga bagi mengesahkan vaksinasi.

“Dokumentasi ini sekurang-kurangnya perlu mengandungi maklumat yang mengenal pasti individu berkenaan, jenis vaksin yang diterima serta tarikh penerimaan vaksin,” katanya.

Tambah kenyataan itu, syarat kemasukan negara anggotanya berbeza dan ditentukan oleh kerajaan masing-masing.

Justeru itu, katanya rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke EU perlu meneliti prosedur operasi standard (SOP) dan dokumentasi yang ditetapkan sesebuah negara, terutama kerana syarat-syarat tersebut akan berubah mengikut situasi semasa pandemik di EU serta Malaysia.

Sumber – AstroAwani