Memalukan!!! Sektor perbankan KL bantah arahan Menteri WP

Memalukan!!! Sektor perbankan KL bantah arahan Menteri WP

Selepas terkilan kehadirannya ke pentas akhir Piala Malaysia tidak dialu-alukan penganjur, Menteri Wilayah Persekutuan membuat tindakan populis dengan pengumuman cuti buat seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat, 3 Disember ini.

Pengumuman cuti itu dibuat Datuk Seri Shahidan Kassim semalam susulan kejayaan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC merangkul kejuaraan Piala Malaysia edisi ke-100 nya menumpaskan pasukan pilihan JDT dengan jaringan 2-0, Sabtu lepas.

Namun pengumuman itu mendapat bantahan dari pihak yang terlibat dalam sektor kewangan. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataannya mengumumkan semua bank termasuk cawangan-cawangannya di Kuala Lumpur tidak akan ditutup esok.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata sehubungan itu, urus niaga pasaran kewangan dalam pasaran pertukaran asing, pasaran wang dan pasaran bon melalui kaunter akan terus beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, bekas CEO Tabung Haji, Datuk Nik Hasyudeen pula menyelar tindakan tidak bertanggungjawab Shahidan ketika mengumumkan cuti tersebut.

Sambil mengingatkan perkara melibatkan cuti yang tidak perlu tidak wajar dilakukan terutamanya di Kuala Lumpur memandangkan ianya merupakan pusat kewangan dunia.

Tambahnya lagi, jika pusat kewangan menurut arahan menteri tersebut, sudah tentu banyak urusan kewangan akan tergendala dan akan melibatkan kerugian yang banyak.

Sambil menyifatkan negara baru sahaja mahu bangkit daripada kemurungan ekonomi yang besar disebabkan Covid-19, tindakan memberi cuti akan menyebabkan urusan warga ibu kota khususnya akan tertangguh hanya disebabkan menang bola.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Siputeh, Teresa Kok menganggap pengumuman cuti mengejut Shahidan itu menjejaskan urusan banyak pihak.

“Kalau nak bagi RM1 juta seorang, teruskan, tapi jangan umum cuti secara tiba-tiba esok. Bukan semua orang adalah peminat bola sepak, bukan semua orang perlu cuti seperti ini. Tengok, dengan pengumuman ini, sekolah tak buka, ada yang sedang belajar hadapi peperiksaan,” ujarnya seperti dilaporkan Astro Awani.

Teresa berkata, Kuala Lumpur adalah ibu negara, maka pengumuman cuti seperti itu harus dilakukan dengan lebih berhati-hati dan selepas konsultasi dengan banyak pihak.

“Kalau tidak, saya rasa sebagai kerajaan, kita boleh beri hadiah yang lumayan kepada pemain bola sepak.

“Saya rasa ini adalah lebih berkesan untuk beri galakan kepada mereka berbanding sekarang, yang dapat sungutan daripada banyak pihak,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.