Memalukan!!! Tewas dilaman sendiri, kenyataan Sanusi punca moral pemain terjejas berdepan Terengganu semalam

Memalukan!!! Tewas dilaman sendiri, kenyataan Sanusi punca moral pemain terjejas berdepan Terengganu semalam

Hasrat Kedah Darul Aman (KDA) FC meneruskan rentak kemenangan berkecai apabila tewas 1-2 kepada Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super 2021 di Stadium Darul Aman pada Jumaat.

Pada aksi tersebut, pelawat terlebih dahulu mencemaskan lebih 6,000 penyokong tuan rumah apabila sepakan percuma kapten TFC, Carlos Alberto terkena penjuru palang KDA FC pada minit ke-32.

Bagaimanapun asakan KDA FC pada minit ke-39 membuahkan hasil apabila percubaan Rabih Ataya tertampan oleh pertahanan TFC, Muhammad Mohd Faudzi ke dalam gol sendiri untuk meletakkan tuan rumah di hadapan 1-0

Namun jaringan penyamaan pelawat muncul pada minit ke-47 menerusi sepakan penalti David Da Silva untuk mengikat KDA FC 1-1.

Penalti tersebut dihadiahkan oleh pengadil Noor Azriel Baharudin selepas bola terkena tangan Muhammad Ariff Farhan Md Isa hasil asakan yang dilakukan oleh Carlos di dalam kotak penalti tuan rumah.

Pada minit ke-60, TFC berjaya berada di hadapan hasil jaringan Muhammad Azam Azmi Murad selepas memanfaatkan lorongan cantik Mohamad Faisal Abdul Halim untuk kedudukan 2-1.

Terkejut dengan jaringan tersebut, Hijau Kuning menggandakan asakan untuk memburu jaringan penyamaan namun TFC berjaya menggagalkan usaha pasukan tuan rumah.

Pada minit-minit terakhir Kedah beraksi sembilan pemain selepas Fazrul Daniel Mohd Nizam dilayangkan kad merah oleh Noor Azriel kerana menolak beliau.

Satu lagi kad merah dilayangkan kepada Rodney Celvin kerana mengasari pemain lawan dan keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat. – SH